Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 31, 2018 @ 10:06am

Sebak! Fazley Realisasi Impian Arwah Bapa

Penyanyi dan chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob dan isterinya, Datin Azrene Ahmad mempunyai alasan tersendiri untuk bersanding semula, November depan.

Kata penyanyi lagu Asmara Ini, impian naik pelamin sudah dipasang lama di mana untuk meraikan tetamu yang tidak dapat hadir pada majlisnya 12 tahun lalu.

“ Sebenarnya, saya sasarkan pada tahun lepas tetapi isteri saya melahirkan anak keempat kami pada Oktober tahun lalu

“ Bapa saya juga baru setahun meninggal dunia ketika itu, jadi saya dan isteri tangguhkan dahulu hasrat kami,” katanya ia juga merupakan salah satu pesanan arwah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berasa tahun ini merupakan tahun terbaik untuk melangsungkan majlis persandingan dia dan isteri.

“Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, majlis tersebut bakal diadakan pada minggu ulang tahun perkahwinan kami, tetapi tarikh spesifik belum ada lagi,” katanya.

Mendirikan rumah tangga pada 2007, Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Apr 2022

Dilabel Kayu, Hanya Pertaruh Wajah Cantik… Sharifah Rose Pernah Alami Kemurungan – “Saya Tak Layan Kecaman Demi Kesihatan Mental”

Pelakon Sharifah Rose yang terpalit dengan label pelakon kayu dan mempertaruhkan wajah cantik ketika awal kemunculan mengakui kata-kata terbabit mengguris hatinya. Namun, gadis kacukan darah Melayu, Arab dan Jawa itu tidak mahu mengalah dengan kritikan […]

Hiburan Thu, 17 Oct 2024

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

‘Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah’ – Diana Danielle

Hiburan Tue, 21 May 2019

Peminat ‘Miang’ Minta Gambar Bogel Atiq Azman

Errr…tak perlu kot sampai macam tu sekali?

error: Content is protected !!