Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 20, 2023 @ 5:45pm

“Dia Pernah 3 Tahun Tak Balik Raya” – Sambut Aidilfitri Secara Sederhana, Yusof Haslam Reda Jika Syamsul Tidak Pulang Beraya

Penerbit Datuk Yusof Haslam menyatakan bahawa sudah reda jika Syamsul tidak pulang ke rumah bagi menyambut Hari Raya bersama.

“Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail, sudah reda,” kata Yusof.

Malah, memetik laporan Harian Metro, bapa kepada pengarah sensasi itu memaklumkan bahawa pintu rumah sentiasa terbuka untuk Syamsul.

Kongsinya, anak sulungnya itu pernah tidak pulang beraya selama tiga tahun ketika dihubungi.

“Sama ada dia balik beraya dengan kami atau tidak, itu Wallahua’alam. Dia (Syamsul) pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun. Lepas itu, dia ada balik sekejap. Tak apalah. Bagi saya, saya redakanlah.

“Pintu rumah kami, sudah tentu sentiasa terbuka untuk dia kalau dia balik. Anak kita kan. Kalau sahabat kita pun, kalau kita ada krisis, tapi kalau dah berhari raya, mestilah beraya ini untuk kita bermaaf-maafan,” ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan raya, Yusof dan keluarga hanya membuat persiapan secara bersederhana sahaja dan lebih menanti kehadiran tetamu ke rumah.

“Untuk pagi raya itu, biasalah adik beradik yang rapat dengan kita balik. Ibu bapa kita pun dah tak ada, kedua-duanya sudah meninggal dunia lama, jadi kita adik beradiklah datang kunjung-mengunjung.

“Pada hari raya kedua pula, saya bersama isteri akan ke Pulau Pinang selama tiga hari di sana. Tapi, kami akan sambung berkunjung ke rumah adik-beradik selepas pulang semula ke Kuala Lumpur,” jelas Yusof.

Kata Yusof lagi, tradisi menziarah adik-beradik ketika Hari Raya menjadi tradisi keluarga setiap tahun dan masing-masing mempunyai giliran utnuk menjadi tuan rumah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu. Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka. Penahanan […]

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Moga cepat sembuh buat Ebby Yus

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Doakan Abby Abadi…

Inshaa Allah malam ni akan diusahakan sekali doa selamat beserta solat hajat untuk kesembuhan Mama Aamiin Ya Rabb

Trending Mon, 6 Apr 2020
Trending Tue, 29 Dec 2020
error: Content is protected !!