Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 25, 2023 @ 1:07pm

“Kepada Host Yang Perasan Bagus, Muhasabahlah” – Ridhuan Tee Tegur Pengacara Suka Buat Lawak Bodoh & Tak Ada Adab

Pendakwah, Profesor Dr Ridhuan Tee tampil memberi teguran kepada pengacara-pengacara yang dikatakan kurang beradab ketika mengendalikan sesebuah program televisyen (TV).

Menurut Ridhuan atau nama lengkapnya Mohd Ridhuan Tee Abdullah, dia berkata kebanyakan pengacara hari ini terkenal dengan lawak bodoh dan bukannya dengan ilmu.

“Nak jadi host biar berilmu, jangan guna lawak bodoh untuk naik, memalukan sahaja.

“Host hari ini terkenal dengan lawak bodoh, bukannya ilmu. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua stesen TV.

“Sekarang ini ketara sangat, pengacara (host) TV atau program realiti TV, mahu sangat menonjol hingga adab ke longkang.

“Host atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan khalayak, sepatutnya terkenal dengan ilmu bukan dengan lawak bodoh dan cuitan bodoh. Saranan saya supaya host banyakkan membaca,” tulisnya di Facebook.

Tambah Ridhuan yang mula menceburi dunia penyiaran bermula tahun 1990 sebagai pengacara itu, persiapan ilmu adalah sesuatu yang sangat penting buat seseorang bergelar pengacara.

“Memintas cakap, menyindir peribadi juri sepatutnya dielakkan. Paling jelek apabila memotong juri ketika bercakap dan menyentuh peribadi mereka.

“Nak potong cakap boleh, tapi kena ada adabnya, atau ada perkara mendesak yang penting yang ingin ketahui

“Nasihat kepada host hari ini yang perasan dia bagus, buatlah muhasabah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Ridhuan turut memberi beberapa tips pengacaraan agar sentiasa yakin pada diri dengan menunjukkan keperibadian mulia serta berilmu.

“Host juga diminta bercakap dengan artikulasi yang jelas, serta bahasa tubuh (gesture) yang baik.

“Dapat menghidupkan suasana. Ini bukan bermakna menggunakan lawak bodoh dan menyentuh peribadi. Cuba jentik hati penonton melalui komunikasi bersahaja, bukan lawak bodoh.

“Ada unsur jenaka sikit. Tidak dinafikan unsur jenaka ini penting, tetapi biarlah jenaka ada ilmu dan memberi impak. Elakkan lawak-lawak bodoh yang menyentuh peribadi orang.

“Ingatlah, biar penonton ingat kita dengan ilmu kita, bukan lawak bodoh kita dengan memperbodohkan diri sendiri,” tutupnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai isu sesetengah pengacara yang dikatakan gemar membuat lawak bodoh dan menyindir orang lain di atas pentas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jun 2025

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Anak Sulung Tamat Pengajian Di Kolej Tuanku Jaafar

Nora berharap agar segala ilmu yang diperolehi anaknya itu daoat dimanfaatkan untuk tujuan di dunia dan di akhirat kelak.

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

#Mentor7: Kenapa Aizat Amdan Pantau Gaya Hidup Protege?

Bukan niat nak menyibuk tau, Aizat ada alasan tersendiri mengapa dia begitu mengambil berat bab-bab pemakanan, percakapan termasuklah waktu bersenam.

Featured Thu, 18 Feb 2021
Trending Thu, 20 Jun 2019

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Fab Foodies! Tue, 22 Jan 2019

Learn to Make Your Own Special CNY Cookies to Serve Visitors This Year

It’ll be special, hand-made and absolutely delectable.

error: Content is protected !!