Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 31, 2024 @ 7:27pm

Heboh Gosip Mawar Karim Dah Berkahwin? Fizo Omar Tumpang Gembira – “Saya Ada Dengar, Tapi Selebihnya Tanya Dia”

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar mengaku ada mendengar khabar angin mengenai bekas isterinya, Mawar Karim yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga.

Menurut pemilik nama, Wan Hafizol Wan Omar, dia bagaimanapun tidak berani untuk mengesahkan atau memberikan sebarang komen lanjut mengenai hal tersebut.

Katanya, adalah lebih baik sekiranya berita itu disahkan sendiri oleh Mawar.

“Saya memang ada dengar khabar angin dia sudah mendirikan rumah tangga. Khabar angin itu datang dari pelbagai sudut.

“Bagaimanapun tentang kepastian berita itu perlu bertanyakan sendiri dengan tuan empunya badan. Saya dan dia berhubung hanya mengenai anak sahaja.

“Selebihnya saya tidak berani untuk bercakap lebih. Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana hanya bekas suami,” katanya.

Fizo berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mengulas lanjut, aktor berusia 38 tahun itu menegaskan, sekiranya khabar angin tersebut benar, dia mendoakan kebahagian Mawar bersama pasangannya.

“Sekiranya betul dia sudah berkahwin, saya tumpang gembira dan bagus untuk dia. Itu akan jadi kelebihan kepada anak kami, Maryam sebab ada dua bapa dan dua ibu.

“Saya juga mendoakan dia bahagia dan gembira dengan pasangannya jika benar-benar sudah berkahwin.

“Bagi saya manusia ini diciptakan memang untuk berpasangan baik lelaki mahupun perempuan,” ulasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan usahawan Mawar Karim sudah menamatkan zaman janda dengan seorang ahli kenamaan.

Sementara itu, Fizo tidak menafikan kenyataan bahawa diriny pernah mengucapkan tahniah kepada Mawar di atas perkahwinannya menerusi sepotong video yang tular sebelum ini.

Sekadar info, Fizo dan Mawar berkahwin pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 May 2019

Buka Baju Bukan Isu Besar, Hafidz Roshdi Masih Tahu Batas

Setiap gambar yang dimuat naik, saya akan tutup bahagian pusat.

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Featured Sat, 20 Dec 2025

“Demi Allah Saya Mahu Berpisah Bukan Kerana Duit” – Uqasha Senrose Luah Perasaan, Gesa Kamal Adli Percepat Cerai

Pelakon Uqasha Senrose tampil meluahkan isi hatinya sekali gus menegaskan keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru atau atas faktor materialistik.

Trending Mon, 18 Jun 2018

Kejam! Alami Halusinasi Sampai Kelar Anak Sendiri

Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental.

error: Content is protected !!