Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin August 28, 2019 @ 6:08pm

Mahu memiliki tubuh idaman? Ambil tahu disiplin pemakanan yang sepatutnya diamalkan!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Setiap orang menginginkan badan yang sihat dan ideal, sesuai dengan ketinggian yang dimiliki, taapi adakah kemahuan yang diidamkan itu selaras dengan tindakan yang dilakukan?

Jangan hanya setakat di mulut sahaja melafazkan kata mahu kurus dan sihat, sedang kenyataannya anda makan sesuka hati tanpa mengira akan kalori dan karbohidrat yang diambil setiap hari.

Mungkin di saat tubuh semakin mengembang dan  jarum penimbang mula menunjukkan angka yang kian besar, ketika itulah anda baru terfikir dan merancang untuk memulakan diet.  

Akan tetapi apabila anda berdiet, berat badan anda tidak menunjukkan sebarang penurunan. Mungkinkah ada kesilapan yang berlaku ketika anda berdiet.

Cuba renung semula adakah teknik diet yang dilakukan tidak berkesan atau anda yang tidak mengikuti dengan betul apa yang disarankan dalam program diet berkenana.

Kenyataannya, jangan sekali-kali menyalahkan situasi jika diet anda tidak berkesan. Langkah terbaik ialah srukturkan semula pelan pemakanan anda dan elok juga jika anda mengetahui kesalahan lazim yang sering dilakukan tanpa sengaja dalam program diet yang diikuti.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah:

1. Tidak bersarapan 

Mungkin ada dalam kalangan anda yang berfikiran bahawa tindakan tidak mengambil  sarapan pagi dapat mengurangkan jumlah pengambilan kalori seharian anda. Tindakan ini adalah sangat tidak betul sebenarnya kerana badan memerlukan tenaga di awal pagi, jadi anda perlu mengambil makanan untuk membekalkan tenaga pada badan ! Kajian mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan akan cepat berasa lapar dan akhirnya akan makan lebih banyak berbanding mereka yang bersarapan.

Makanan seperti telur rebus yang berasaskan protein amat disarankan untuk sarapan pagi kerana ianya dapat membantu  untuk anda berasa lebih kenyang sepanjang hari.

2. Kurang hasil tenusu

Foto: Says.com

Kajian juga menunjukkan badan mampu untuk membakar lebih kalori apabila kandungan kalsium di dalam badan mencukupi. Apabila anda ingin mengurangkan berat badan, kebiasaannya pengambilan keju dan susu tidak disarankan tetapi tidak perlulah menolaknya sehingga anda tidak mengambilnya langsung.

Yogut dan susu lemak rendah adalah contoh hasil tenusu yang mempunyai jumlah kalori yang sedikit, jadi anda boleh mengambilnya dalam jumlah yang terkawal.

3. Tidak makan dengan kadar yang mencukupi 

Foto: Tribunnews.com

Hidangan yang tidak mencukupi boleh menurunkan tahap metabolisme badan. Anda perlu peka mengenai kadar keaktifan metabolisme kerana jika metabolisme badan aktif, makanan yang diambil tidak akan disimpan menjadi lemak di dalam badan.

Untuk meningkatkan tahap metabolisme, anda perlu makan setiap tempoh tiga hingga empat jam.  Kajian mendapati seseorang yang memakan beberapa hidangan kecil dan snek dapat mengawal rasa lapar serta dapat mengurangkan berat badan.

Snek yang sihat seperti kacang badam atau buah- buahan amat disarankan  di antara waktu sarapan dan tengah hari jika tempoh kedua-dua waktu tersebut lebih daripada empat jam. 

4. Waktu rehat 

Waktu rehat atau lebih dikenali dengan panggilan ‘cheat day’ adalah di mana satu hari dalam seminggu anda boleh makan makanan yang lazat tanpa mengira kalori atau dan lemak. Ia juga boleh menyebabkan segala usaha anda selama berhari-hari musnah dalam sekelip mata sahaja.

Terpulang kepada anda sama ada mahu memberi kelonggaran pada badan atau menerskan diet seperti biasa tanpa perlu ada ‘cheat day.’ Bagaimanapun, jika anda memilih memasukkan ‘cheat day’ ke dalam pelan diet anda, natijahnya pasti ada. Fikirkan usaha anda selama ini.

Masalah ini boleh diatasi apabila anda menggantikan ‘cheat day’ dengan ‘cheat meal’ untuk setiap minggu. Sebagai contoh, memakan makanan segera hanya sekali di hari tersebut dan bukannya untuk sepanjang hari.  

5. Diet dengan jangka masa yang pendek 

Bila anda mendengar perkataan diet, ramai menganggap ia sebagai suatu program 12 minggu ataupun diet atas sebab-sebab tertentu seperti adanya perkahwinan, reunion atau temu duga. Diet seperti ini amat sukar untuk anda memperoleh tubuh ideal. Diet seharusnya menjadi amalan sepanjang masa, tanpa perlu syarat tertentu untuk melakukannya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang mahu memiliki tubuh ideal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Featured Sat, 27 Jul 2024

Kongsi Pengalaman IVF, Tunku Azizah Dedah Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa!

Allahu! Sebak pula dengar perkongsian Tunku dan Tokti😭❤️

Featured Tue, 23 Jun 2020

Terlelap 1 saat boleh jadi punca kemalangan di jalan raya

Ketahui langkah pencegahan bagi elak tertidur

Featured Sat, 9 Aug 2025

[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

Ubai MZ mencuri perhatians elepas berkongsi ‘voicenote’ terkahir Allahyarham ibunya.

familuv Sat, 3 Dec 2022

Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Cium Zahirah Macwilson!

Tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pelakon Zahirah Macwilson di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian penonton. Menerusi hantaran tersebut, suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak sulung lelaki mereka, Isaac Raees sedang berebut untuk […]

Featured Tue, 2 Aug 2022

Bapa Ainul Mardhiah Kesal ‘Scammer’ Ambil Kesempatan – “Mohon Berhati-hati.. Kami Cuma Minta Doa Kalian” 

Allahuakbar, scammer ini memang tak berhati perut ke hmmm. Berhati-hati semua. Sama-sama kita doakan adik Ainul Mardhiah cepat sembuh

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Hidup Ni Kalau Happy Sangat Pun Tak Best” – Bicara Comel Mika Sentuh Hati Warganet

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat netizen. @mika_and_daddy Dalam hidup ni perlu ada turun naik. Baru la […]

Featured Mon, 10 Oct 2022
error: Content is protected !!