Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 28, 2026 @ 10:22am

Podcast Mia Sara Cetus Spekulasi, Aznil Nawawi Beri Penjelasan – “Ia Dirakam Sebelum…”

Penyampai radio dan pengacara, Datuk Aznil Hj Nawawi tampil memberi penjelasan susulan ‘content’ video audio siar (podcast) bersama pelakon sensasi, Mia Sara Nasuha yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Menerusi ciapan di platform Threads, Aznil menjelaskan podcast tersebut dirakam lebih awal sebelum isu antara Mia dan pelakon, Puteri Balqis mula hangat di media sosial.

Tambah Aznil, tindakannya menjemput Mia untuk di podcast Kita Kita Aje itu adalah untuk mendapatkan kenyataan lanjutnya mengenai isu yang mengatakan dia masih dibayangi dengan pelakon kanak-kanak.

“Podcast ini dirakam selepas Mia Sara membuat kenyataan sedih diberi watak kanak-kanak sahaja.

“Podcast ini jemput Mia untuk mengambil kenyataan lanjut berhubung isu tersebut dan ia dirakam sebelum kesnya bersama Puteri Balqis meledak.

“Minta maaf saya tutup komen,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, nama Aqish hangat menjadi sebutan ramai di media sosial selepas dia mendakwa menjadi mangsa buli aktres, Mia Sara Nasuha, selain didakwa pernah difitnah dan diperangkap oleh individu sama.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Aqish menuntut Mia untuk segera memohon maaf kepadanya termasuk ibunya, Norashikin.

Bagaimanapun, Mia sehingga kini masih mendiamkan diri meskipun pelbagai dakwaan liar berkaitannya tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: “Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan

Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Aug 2024

Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Tampil Beri Nasihat – “Tak Ada Masalah Tapi…”

‘Mereka bebas untuk buat content apa saja tapi kena bagi manfaat’ – Ucop

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

10 KPOP IDOLS WITH THE HIGHEST INCOME

Many KPOP idols are known to be very rich as many of them earn lots of money from endorsement deals, commercials, dramas and song royalties. And these 10 people are the richest of the rich in the industry.

Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Sombr Umum Album Debut I Barely Know Her

Sombr bakal melancarkan album I Barely Know Her pada 22 Ogos ini.

Filem Sun, 19 Apr 2026

Gayong 2 Hadir Dengan Kempen “Tonton & Menang” Menawarkan Baucar Petrol RM300!

Kempen “Tonton & Menang” sempena tayangan Gayong 2 kini sedang berlangsung!

Featured Fri, 14 Oct 2022

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Aduh kesiannya.. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Thu, 30 May 2019

Nubhan Teruja Nak Raya Dengan Baby Baru

Nubhan teruja menyambut Aidilfitri tahun ini dengan kehadiran anak keduanya, Ahmad Aaffan yang lahir pada Januari lalu.

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

PU Riz Tegur Netizen Suka Bercakap Perihal Orang Lain – “Satu Kalimat Boleh Bawa Ke Neraka, Diam Lebih Baik”

PU Riz sempat menitipkan pesanan kepada netizen untuk tidak kritik fizikal orang

error: Content is protected !!