Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 26, 2026 @ 1:30pm

“Berhentilah Sebarkan Aib, Dia Budak Yang Baik” – Siti Jamumall Pertahan Mia Sara

Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall mencuri perhatian ramai apabila tampil mempertahankan pelakon sensasi, Mia Sara Nasuha, susulan kontroversi yang sedang melanda nama aktres berkenaan.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Siti berkongsi pandangan peribadinya mengenai Mia sambil menitipkan kata-kata semangat agar pelakon itu terus kuat berdepan ujian.

“Semoga dipermudah segalanya Mia. Akak harap kau terus kuat lalui segala ujian. Kau boleh hadap! Tolong jaga diri ya.

“Terima kasih sebab pernah tolong akak masa akak tak larat meniaga sebab dah sarat mengandung,” katanya.

Menurut Siti, sepanjang hampir lima tahun saling mengenali, dia menyifatkan Mia sebagai seorang yang baik, rajin dan tidak bersikap sombong meskipun sudah lama berada dalam industri.

“Mia budaknya baik. Hampir lima tahun Siti mengenalinya, dia seorang budak yang rajin.

“Kecil-kecil dah pandai cari rezeki. Tak kekwat langsung, itu apa yang Siti kenal,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Siti turut menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran aib dan spekulasi tidak berasas yang hanya memburukkan keadaan.

“Kita sebagai orang yang melihat berhentilah sebarkan lagi aib. Doakan semoga ada jalan terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, nama Mia Sara hangat menjadi perbualan di media sosial selepas pelakon, Puteri Balqis atau Aqish tampil menempelak aktres berkenaan secara terbuka.

Aqish mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli, selain dipercayai difitnah dan diperangkap oleh Mia ketika mereka masih kanak-kanak.

Susulan isu tersebut, tular beberapa video dan foto mirip wajah Mia yang ketika berhibur di kelab malam, selain timbul dakwaan liar mengatakan dia pernah mengandung, namun, didakwa telah menggugurkan kandungan tersebut.

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan

Artikel Berkaitan: “Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Dakwa Jadi Mangsa Buli Mia Sara, Rykarl Iskandar – “Saya Pernah Ditolak, Beg Buruk & Solekan Diketawakan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Jun 2023
Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲

Trending Wed, 10 Oct 2018

OMG! Bungkusan Mayat Kena Tinggal Atas Highway

Mayat siapa pula ada tengah jalan ni? Lebih pelik, mayat itu diikat pada katil dan ditinggalkan di atas lebuh raya.

Trending Wed, 24 Nov 2021

“Kalau Disuruh Bercium, Macam Mana?” – Beza Budaya, Tiara Jacquelina Dedah Pernah Tolak Tawaran Hollywood

Pelakon dan penerbit popular, Puan Sri Tiara Jacquelina, 54, mendedahkan beza budaya dan agama menjadi sebab dia menolak tawaran berlakon di Hollywood sebelum ini. Kesempatan untuk meluaskan karier ke peringkat antarabangsa sememangnya menjadi idaman ramai […]

Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Kongsi Video Mesra, Iman Troye Bercinta Dengan Adib Banana Dibs?

Wahhhh Iman dah tak broken ke? Bahagia dengan Adib ekk 🫣😘

error: Content is protected !!