Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2025 @ 2:46pm

Sombr Umum Album Debut I Barely Know Her

Fenomena alt-pop global, Sombr bakal melancarkan album debut yang dinanti-nantikan berjudul I Barely Know Her pada 22 Ogos menerusi Warner Records.

Album ini dijangka melonjakkan lagi karier penyanyi berusia 20 tahun itu selepas kejayaan luar biasa sepanjang 2025 dengan siri konsert arena habis jual di seluruh dunia dan pencapaian mengagumkan di carta muzik.

Album yang ditulis sepenuhnya oleh Sombr ini diterbitkan bersama penerbit legenda Tony Berg, yang pernah bekerjasama dengan nama besar seperti Phoebe Bridgers dan Aimee Mann.

Menariknya, pelancaran album akan berlangsung sebelum jelajah Amerika Utara Sombr bermula dan kini sudah boleh dipra-simpan di platform penstriman utama.

Nama Sombr atau Shane, mula menjadi bualan selepas single debut Caroline mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama dan kini melepasi 38 juta strim di Spotify. Lagu lain seperti Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim) turut mengukuhkan kedudukannya sebagai artis muda yang berpengaruh.

Pada usia 19 tahun, Shane sudah disenaraikan dalam senarai berprestij Billboard 21 Under 21 yang menghimpunkan artis muda paling berpengaruh dalam membentuk masa depan industri muzik.

Tahun ini, popularitinya terus memuncak dengan pencalonan di MTV Video Music Awards 2025 untuk kategori Artis Baharu Terbaik dan Video Alternatif Terbaik. Single terbaharu 12 to 12 juga menjadi kegemaran peminat dan melonjakkan jumlah pendengar bulanan di Spotify kepada lebih 3.6 juta.

“Belajar nyanyian klasik membuatkan saya mampu bereksperimen dengan suara saya. Rasanya magis apabila dapat berhubung dengan orang lain melalui muzik. Selagi saya boleh menggunakan seni untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, saya gembira,” kata Sombr.

Sombr baru sahaja menamatkan Jelajah Amerika Utara 2024 dengan persembahan habis jual di bandar utama termasuk New York, Los Angeles, Atlanta dan Toronto. Konsert penutup di The Troubadour, Los Angeles mendapat pujian ramai kerana persembahan bertenaga dan penuh emosi.

Lulusan LaGuardia High School di New York ini menggabungkan elemen indie, alt-pop dan penceritaan emosi dalam karyanya. Dengan pengiktirafan antarabangsa, pencalonan anugerah besar serta kejayaan komersial, Sombr kini muncul sebagai salah satu nama paling menjanjikan dalam generasi baharu muzik global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Mesej Berbaur Seks, Zarina Anjoulie Beri Amaran Pada Jantan Gatal

Dan, perkongsian ini sahaja telah mendapat 5,932 likes dan 606 komen dari pengikut beliau melalui laman instagram tersebut yang majoritinya wanita

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

WOW! Video Lipsync Depan Cermin Terima Hampir Sembilan Juta Tontonan

Comel! Aksi anak beranak membuat video lipsync dengan menyanyikan lagu Girls Like You di kamar mandi menarik perhatian netizen, baru-baru ini. Menerusi perkongsian si ibu, Trina Wesson di Instagramnya, si anak yang comel dilihat menggerakkan […]

Trending Fri, 16 Jul 2021

Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

Lagenda muzik rock Malaysia, Datuk Awie tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu. Coretan Pilu merupakan gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar. […]

Featured Mon, 1 Dec 2025

Konsert DiA Misha Omar ‘Cukup Rasa’.. Duet Bersama Anak Cipta Magis Tersendiri

Misha Omar akhirnya menunaikan janjinya apabila hadir dengan konsert sulung berjudul,  ‘DiA Misha Omar’ yang berlangsung baru-baru ini.

Trending Fri, 20 Sep 2019
error: Content is protected !!