Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 16, 2021 @ 8:49am

Awie Tampil Dengan Coretan Pilu, Jadi OST Drama Bersiri Ayahanda

Lagenda muzik rock Malaysia, Datuk Awie tampil dengan single terbaharunya berjudul Coretan Pilu.

Coretan Pilu merupakan gabungan karyawan komposer dan penulis lirik muda iaitu Ikhwan Fatana, Wan Salleh dan Fedtri Yahya pastinya meruntun jiwa pendengar.

Lagu Coretan Pilu ini mengisahkan tentang seorang ayah yang rindukan belaian kasih sayang anak-anaknya.

Lirik dan lagu yang meruntun jiwa ini telah menjadi soundtrack untuk drama Ayahanda arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Bait-bait lirik yang diilhamkan oleh dua karyawan muda ini dilihat dapat mencengkam perasaan penonton apatah lagi apabila melihat lakonan hebat seperti Jalil Hamid, Ogy Ahmad Daud dan Fikry Ibrahim.

Drama bersiri Ayahanda ini merupakan adaptasi daripada novel karya penulis tersohor, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N yang diterbitkan pada 1997.

Drama ini sesuai untuk tontonan sesisi keluarga kerana menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak serta kesetiaannya kepada agama.

Ayahanda menemui penonton TV3 pada setiap Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam bermula 10 Julai 2021 ini.

Coretan Pilu edaran MonkeyBone ini telah dilancarkan di semua platform digital secara serentak mulai 9 Julai ini di Spotify, Apple Music, Itunes, KKBOX, Deezer, Joox dan Youtube Music.

Audio Video Rasmi Coretan Pilu juga sudah boleh di tonton di laman Youtube MonkeyBone.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Jul 2021
Events Wed, 15 Jun 2022
Featured Thu, 18 Nov 2021

Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Ya Allah, makin ramai kes kanak-kanak jatuh dari bangunan kan?

Trending Wed, 7 Apr 2021
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Kita doakan yang baik-baik untuk Masya

Featured Sun, 29 Jun 2025
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Jangan Buat Kerja Tuhan” – Ciapan Nabila Razali Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Meskipun kenyataannya itu bersifat terbuka, namun ciapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Featured Tue, 18 Jun 2024

Tiga Remaja Lelaki Diculik, Dipukul & Gambar B*gel Dirakam

Dah lah culik, penjahat siap ugut tau nak sebar gambar bogel mangsa😡

error: Content is protected !!