Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal December 1, 2022 @ 4:18pm

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Foto Kahwin Dengan MK, Nabila Razali Beri Penjelasan – “Itu Bukan Gimik, Tapi…”

Penyanyi Nabila Razali mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique.

Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja untuk mempromosikan single baharu berjudul Aku Terluka.

“Bila sebut gimik ini orang confuse, perbezaan antara gimik dan juga teaser.

“Apa yang saya post adalah teaser untuk kita tease orang di luar sana, saya ni nak release something new. Dia nak beritahu something tapi apa tu?

“Sebab kita kerja dalam industri kreatif, takkan kita hanya nak buat sesuatu yang biasa. Di mana kreativiti itu sebagai seorang penyanyi dan anak seni?

“Saya rasa kita kena sentiasa ada cara yang baharu untuk mempromosikan produk-produk kita, tak nak terlalu teruk sangat dan juga tak nak terlalu suam sangat,” katanya kepada XTRA.

Nabila ditemui pada sidang media pelancaran lagu Aku Terluka yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, semalam.

Menurut Nabila, Aku Terluka adalah satu karya penutup kisah cintanya dalam lagu, kerana sebelum ini Peluang Kedua seolah-olah tergantung jalan ceritanya.

“Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu Aku Terluka.

“Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini,” katanya.

Lagu Aku Terluka adalah kisah percintaan seorang gadis yang terkandas di pertengahan jalan kerana kekasihnya telah meninggal dunia.

Gadis tersebut terpaksa melalui sisa hidupnya dengan reda sambil mengenangkan kenangan percintaan mereka.

Muzik video Aku Terluka boleh ditonton di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula 30 November 2022, jam 9 malam dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music  bermula 7 Disember ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Jul 2019

Tun Mahathir Sambut Hari Jadi Ke 94, Apa Komen Selebriti…

Semoga Tun M terus sihat, Amin! Happy Birthday Tun Mahathir…

Trending Fri, 15 May 2020
Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Ziva Magnolya Kembali Dengan Menanti

Ziva Magnolya muncul dengan Menanti!

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Mungkin Ini Adalah Watak Paling ‘Win’ Buat Reen Rahim?

Halah, Hala, Halah! korang tak reti-reti lagi standby kat depan TV, setiap hari jam 7 malam?

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

SYABAS! Helmi Gimmick Terima Anugerah Doktor Kehormat

Alhamdulillah, Tahniah Helmi Gimmick!

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Bertemu Sehari Sebelum Ramadan, Nelissa Nizam Syukur Kemelut Dengan Ibu Berakhir 

Nelissa Nizam sifatkan perselisihan faham dengan ibu satu ujian

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Amelia Henderson Segan Digelar ‘Beauty With Brain’

Amelia Henderson anggap dirinya insan biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan

error: Content is protected !!