Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 13, 2024 @ 2:26pm

Luah Rasa Sayang, Fauziah Sarman Titip Ucapan Ulang Tahun Pada Shila Amzah –  “Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

Ibu penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menyentuh hati ramai menerusi ucapan istimewa sempena ulang tahun anaknya itu.

Fauziah mendoakan kesejahteraan anaknya agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, serta umur yang diberkati.

“Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama dimuat naik di Instagram itu, Fauziah turut meluahkan rasa sayang terhadap pelantun lagu popular Memori Tercipta itu.

Selain turut mendoakan agar isteri personaliti media sosial, Ubaidillah MZ ini akan menjadi seorang ibu yang baik.

“Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus-putus. Selamat hari lahir anakku Shila. Mak sayang kakak…

“Mak doakan kakak menjadi isteri dan ibu yang baik, bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Allah Ya Mujib,” tulisnya.

Shila Amzah

Sebelum ini, Fauziah pernah meluahkan rasa rindu terhadap cucunya, Seth Uwais yang merupakan anak sulung kepada Shila Amzah.

Malah, dia menyatakan bahawa tidak banyak kenangan bersama cucunya itu namun Seth sentiasa berada dihatinya.

Terdahulu, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung tahun lalu.

Ia ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Sekitar April lalu, Shila pernah berkata dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan ibunya ketika dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama Ubai.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Emosi Terganggu Ketika Hamil… Ikut Pesan Suami, Shila Amzah Akui Belum Sedia Bersemuka Dengan Keluarga – “Dia Kata Selesaikan Nanti”

Artikel Berkaitan: Akui Tak Banyak Kenangan Bersama, Ibu Shila Amzah Luah Rindu Pada Cucu – “Seth Sentiasa Dihati Uwan”

Artikel Berkaitan: ‘Halau’ Kekasih Syafiq Dari Rumah, Shila Amzah Tak Teragak Hantar Notis LOD Pada Eiza Idanie! – “Duduk Rumah Saya Tanpa Izin, Berhenti Jadi Batu Api!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Wahh akhirnya terubat jugak rindu peminat nak tengok Gigi perform!

Hiburan Mon, 29 Dec 2025

Dia Juga Layak Diraikan” – Abby Abadi Simpan Angan-Angan, Mahu Adakan Majlis Perkahwinan Indah Buat Marissa Dania

Abby Abadi mohon doa, berhasrat adakan majlis perkahwinan indah buat Marissa Dania

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

BTS Dan Yuna Bakal Bergabung? Let’s Do It!

Tak sabar nak dengar lagu Yuna dan BTS kan? Sama-samalah kita tunguuuu…

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
error: Content is protected !!