Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 2, 2024 @ 12:49pm

Tak Mahu Emosi Terganggu Ketika Hamil… Ikut Pesan Suami, Shila Amzah Akui Belum Sedia Bersemuka Dengan Keluarga – “Dia Kata Selesaikan Nanti”

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan hubungannya bersama keluarga dan ibunya, Fauziah Sarman tiada sebarang penambahbaikan mahupun lebih buruk selepas konflik yang berlaku, pada tahun lalu.

Menurut Shila, dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya sebaliknya mahu fokus pada kandungan keduanya kerana enggan emosi terganggu.

“Saya dan keluarga macam itu sahaja keadaan kami, tiada penambahbaikan mahupun lebih buruk. Saya mengambil langkah mendengar nasihat suami untuk fokus pada diri sendiri dan anak dalam kandungan.

“Saya tidak mahu stress. Maklumlah mengandung di usia 30-an memang perlukan ketenangan dan emosi perlu dijaga. Saya ada kawan-kawan yang apabila mereka stress, kandungan tidak menjadi. Saya trauma dengar cerita kawan.

“Saya setiap hari fikir jangan pergi dulu, uruskan nanti. Walaupun orang kata sekarang ini bulan baik untuk perbaiki apa yang sepatutnya. Tetapi sejujurnya hati saya masih belum bersedia untuk berjumpa. Mesej itu ada, cuma sangat jarang,” katanya.

Shila bagaimana pun mengakui dia terbuka sekiranya ibu dan adik-beradiknya mahu berkunjung ke rumahnya untuk beraya di bulan Syawal nanti.

“Raya nanti saya hanya mahu fokus pada bayi dan keluarga kecil saya. Minta doakan yang baik-baik daripada semua orang. Saya tidak mahu cakap lebih, yang pastinya apa yang terjadi sebelum ini ada hikmah di sebaliknya.

“Andai kata mama dan Syada mahu datang beraya ke rumah saya sentiasa terbuka menerima. Tetapi untuk kata saya ada inisiatif sendiri berjumpa mereka itu setakat ini tidak lagi,” jelasnya.

Selain itu, Shila juga menegaskan dia tidak mahu berdepan dengan sebarang perkara toksik memandangkan kehidupannya kini jauh lebih tenang.

Namun, Shila tetap tidak culas dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

“Buat masa sekarang ini apa-apa kemungkinan yang boleh buat saya stress atau toksik memang saya elakkan. Kehidupan saya jauh lebih tenang apabila saya elakkan perkara toksik.

“Tanggungjawab saya sebagai anak sentiasa berterusan. Saya sudah jalankan tanggungjawab saya sewajarnya pada setiap bulan. Sekadar dan semampu yang saya boleh berikan. Kalau bukan secara fizikal tetapi perkara lain,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

Featured Tue, 7 Oct 2025

5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah saya dibebaskan dari penjara”- Haroqs

Featured Tue, 11 Apr 2023

Belum Memiliki Lesen Memandu, Anna Jobling Beli Kereta Pertama Pada Usia 23 Tahun!

Congratulations! Kena cepat-cepat amik lesen baru boleh drive okay

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Doakan Mamat Khalid…

Jom doakan agar Abang Mamat kembali sihat seperti biasa dan dapat menghasilkan karya-karya hebat di masa akan datang. Insya Allah…

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Featured Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

韩男偶像飙五月天歌「网友听到起鸡皮」

韩国男子组合VIXX主唱KEN,日前透过微博PO出一支影片,他一人飙唱天团五月天的《后来的我们》,到中间高潮处连飙4段高音,让网友听了鸡皮疙瘩狂掉。

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

“Saya sedih sangat.. Difitnah. Buat saya terfikir, tak cukup ke apa yang saya beri pada anak?” – Fatin Afeefa

error: Content is protected !!