Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 23, 2026 @ 7:00pm

“Bila Allah Nak Bagi Rezeki, Akan Ada Ujian” – Tak Layan Spekulasi, Aisha Retno Mahu Sentiasa Bersyukur

Penyanyi Aisha Retno memilih untuk tidak melayan dakwaan berhubung beberapa hantaran dimuat naik oleh penyanyi Yuka Kharisma yang ditujukan kepada seorang individu yang berhutang.

Mahu terus bersikap positif dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu peringatan kecil dalam kehidupan, Aisha mahu kekal bersyukur dan menganggap semuanya rezeki Allah.

“Saya anggap perkara ini sebagai satu teguran kecil daripada Allah. Kadang-kadang bila Allah nak bagi rezeki, akan ada juga ujian untuk melihat bagaimana kita mengendalikan situasi tersebut.

“Bagi saya, bila berada di atas, kita tak boleh terlalu selesa. Kadang-kadang rezeki itu sendiri datang bersama cabaran dan ujian. Jadi kita kena sentiasa bersyukur dan bersedia,” katanya.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Latihan Pestapora di Royal Selangor Club Bukit Kiara pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan yang tular, Aisha yang tidak menyebut sebarang nama menegaskan dia tidak mahu cepat melatah kerana individu berkenaan tidak pernah menyebut namanya secara terbuka.

“Saya tak ada komen sebab setakat yang saya dengar, nama saya pun tidak disebut.

“Mungkin dia cuma mahu meluahkan apa yang terbuku. Jadi saya tak mahu memberi sebarang komen lebih lanjut tentang perkara itu,” katanya.

Dalam masa sama, Aisha bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu tersebut terus berpanjangan.

“Saya cuma mahu fokus pada diri sendiri. Kalau perkara seperti ini terus berlarutan tanpa penghujung, mahkamah mungkin jadi jalan terakhir.


“Kalau ada yang mahu terus bercakap, terpulanglah. Yang penting, nama saya tidak disebut,” katanya lagi.

Ditanya sama ada dia bercadang mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Aisha memilih untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak yang lebih arif.

“Semua ini berlaku di media sosial sahaja dan kami pun tak pernah ada pertemuan untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Saya rasa lebih baik serahkan kepada pihak yang lebih tahu untuk uruskan situasi ini,” katanya.

Menurut Aisha, dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya kepada perkembangan kerjayanya termasuk persiapan untuk Anugerah Juara Lagu, projek Puteri Gunung Ledang, persembahan Latihan Pestapora serta perancangan menghasilkan album baharu.

Sebelum ini, Yuka tanpa menyebut sebarang nama memuat naik beberapa hantaran di Threads berkaitan individu yang didakwa masih belum melunaskan hutang tertunggak.

Beberapa netizen kemudian mula mengaitkan nama Aisha memandangkan kedua-dua penyanyi itu pernah bekerjasama sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

孙燕姿初九会歌迷 「二胎」取小名Poppy

暌违4年之久,孙燕姿终于带着新专辑《孙燕姿 No.13作品:跳舞的梵谷》来马宣传啦!燕姿目前身怀二胎,依然不辞劳苦来见大马粉丝,可见她对大马粉丝的厚爱哦!

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Trending Thu, 12 Aug 2021

“Kenang Kebaikan Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal Tampil Menegur Tindakan Segelintir Netizen

Ingat, semua perkara pun tidak boleh berlebih-lebihan cukup sekadar berpada-pada sahaja

Trending Tue, 8 Jun 2021
Hiburan Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Sat, 29 Jun 2019

‘Hanya Saya Dan Fizo Sahaja Yang Tahu’- Isteri Mohon Orang Ramai Henti Spekulasi

Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

Trending Sat, 17 Nov 2018

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

Trending Wed, 26 Feb 2020

Satu Tragedi Atau Konspirasi? Novel Tahun 1981 Ini Ramal Coronavirus

Penyebaran Coronavirus dilihat semakin membimbangkan. Terbaru, dilaporkan COVID-19 melanda empat lagi negara Asia Barat iaitu Bahrain,Iraq, Kuwait dan Oman.  Dalam kebimbangan isu ini,  sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes Of Darkness yang diterbitkan pada tahun […]

error: Content is protected !!