Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain August 3, 2022 @ 3:29pm

“Actually, It’s Quite Hard For Me To…” – Terlalu Sibuk Bekerja, Elizabeth Tan Rancang Hamil Hujung Tahun Ini

Penyanyi Elizabeth Tan memaklumkan dia bersama suaminya, Siew Jim bersedia untuk cuba mendapatkan cahaya mata pada penghujung tahun ini.

Menurut Elizabeth, keputusan untuk mencuba untuk hamil ini juga agak sukar untuk dibuat kerana dia akan mengorbankan sebahagian besar dari kerjayanya.

“Actually, it’s quite hard for me to decide nak dapat baby ke tak. Because I know I’m sacrifing a big part of my career.

“Lepas jadi mak, watak-watak yang akan ditawarkan mungkin lain, beza sikit atau mungkin kurang. So, I’ve been taking this whole year untuk mentally prepare.

“Sebab tahun depan saya dah 30 tahun, i just feel like, we have a biological clock, you know as a woman. Doktor pun advice like have baby sebelum 35, kalau tak the rate for autism is like way higher,” katanya.

Perkongsian tersebut didedahkan oleh Elizabeth ketika ditemui di sidang media filem Abang Long Fadil 3, semalam.

Sementara itu, penyanyi lagu Knock Knock itu menyatakan disebabkan kesibukan bekerja dan jadual yang padat membuatkan dirinya memutuskan untuk cuba hamil pada Oktober ini.

“Sebenarnya, saya rancang untuk cuba hamil pada Julai. Tetapi, secara tiba-tiba banyak pula job yang masuk. Jadi saya anjak ke bulan seterusnya iaitu Ogos.

“Namun disebabkan jadual kerja makin padat, rancangan untuk cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sehingga ke bulan Oktober,” katanya.

Terdahulu, Elizabeth dan Siew Jim telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2021 yang lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Mar 2020

Selepas Jackie Chan, Kini Tom Hanks Dan Isteri Pula Sah Positif Covid-19

PELAKON terkenal Hollywood Tom Hanks telah memaklumkan bahawa dirinya dan Isteri Rita Wilson telah dijangkiti virus Covid-19. Hal ini disahkan sendiri oleh Tom menerusi akaun Twitter peribadinya.  Menurut Hanks, beliau dan isteri berada di Australia […]

Hiburan Fri, 9 May 2025
Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Mungin Gunakan Cara Salah Untuk Makan Sushi, Chef Sushi Ini Ajarkan Cara Betul

Ha, check sama ada anda ada tersalah atau tidak selama ini.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

BUKAN RM200, TAPI INI KOS SEBENAR PELAMIN YUNA?

Setiap yang cantik itu semestinya memerlukan kos yang tinggi bukan? Bukanlah setakat hanya RM200 seperti yang diminta oleh bakal mempelai viral tersebut. 

Events Sat, 9 Aug 2025

Phei Yong Dinobat Starfluencer Of The Year, Bawa Pulang Dua Trofi Sekaligus!

Phei Yong, 31, apabila dinobatkan sebagai Starfluencer of the Year.

Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Jep Sepahtu Akhirnya Buka Mulut, Perjelas Hubungan Dengan Shuib Dan Mamat

Jep turut menjelaskan dia sentiasa terbuka untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan Shuib serta Mamat

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
error: Content is protected !!