Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 9, 2025 @ 11:51am

Phei Yong Dinobat Starfluencer Of The Year, Bawa Pulang Dua Trofi Sekaligus!

8TV Starfluencer Awards ternyata menjadi malam penuh bermakna buat pempengaruh Phei Yong, 31, apabila dinobatkan sebagai Starfluencer of the Year yang disiarkan secara langsung oleh 8TV dari Mega Star Arena, Sungei Wang pada Jumaat.

Meraih undian tertinggi daripada peminat selain penilaian juri yang mengiktiraf populariti dan pengaruhnya dalam dunia hiburan tanah air.

Bermula sebagai penyampai radio MY FM pada 2015, anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini kini dikenali sebagai pelakon, pengacara, dan YouTuber dengan konten jenaka yang dekat di hati peminat.

Bukan satu, malah dua trofi berjaya dibawa pulang apabila Yong turut memenangi kategori Most Outstanding Content Creator, menewaskan nama-nama besar seperti Lucas Lee, Mskuan, Sai dan Jobroseph.

Bagi kategori Most Outstanding TV Host, pengacara berpengalaman, Siow Hui Min diumum sebagai pemenang menewaskan empat calon lain iaitu Chui Ling, Jason Yeoh, Orange Tan dan Gan Jiang Han.

Penyampai radio berbahasa Cina yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun, Chan Fong dinobatkan sebagai pemenang kategori Most Outstanding Radio DJ menewaskan PM Wang, Nicholas Ong, KK Wong dan Chrystina Ng.

Seterusnya, kategori Most Outstanding Newscaster dimenangi Owen Yap yang juga penyampai berita Mandarin pertama di 8TV sejak pelancarannya.

Yap yang dikenali dengan penyampaian berwibawa dan profesional sehingga menjadikannya wajah yang dipercayai dalam berita berbahasa Cina di Malaysia menewaskan calon lain seperti Siow Hui Mei, Gan Jiang Han, Tan Chia Yong dan Tan Ley Teng.

Berikut merupakan antara senarai pemenang di 8TV Starfluencer Awards:

  • Most Outstanding TV Host: Siow Hui Min

  • Most Outstanding Radio DJ: Chan Fong

  • Most Outstanding Newscaster: Owen Yap

  • Most Outstanding Drama Actor: Emily Chan

  • Most Outstanding Singer: Firdhaus Farmizi

  • Most Outstanding Movie Actor: Jack Tan

Pada malam anugerah juga, penampilan Biduanita Negara di atas pentas turut menerima tepukan gemuruh apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza  mencuri perhatian dengan menyanyikan sebuah lagu Mandarin berjudul Ni Wen Wo Ai.

Majlis anugerah yang julung kali ini diadakan bagi mengiktiraf penggiat seni yang cemerlang selain menjadi platform merapatkan hubungan antara artis, bintang baharu dan peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Nov 2024

“Belajar Terima Teguran” – Fatin Afeefa Malu Dengar Kenyataan Aktor Baharu Terkilan Dibuli Pelakon Senior 

Fatin Afeefa bersuara isu pelakon baharu didakwa dibuli dengan pelakon senior

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Lima Penyanyi Warnai Mini Album Nur 2, Siapakah Mereka?

Tengok barisan penyanyi yang bakal bawakan lagu Nur 2, tak sabar dibuatnya!

Events Mon, 5 Mar 2018

Anuar Zain impikan ‘Royal Albert Hall, London’

“Siapa tak nak pergi ke luar Negara. Kalau ada rezeki memang saya berminat dan tidak akan menolak untuk menghiburkan rakyat Malaysia  di sana,” tambah pemilik nama sebenar, Shahrul Anuar Zain ini.

Hiburan Fri, 15 Dec 2023

#SFMM38: Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik Buka Mata Ramai, Wani Kayrie Bakal Tonjolkan Sisi Berbeza!

Satu kejayaan yang membanggakan untuk Wani, Goodluck untuk Kamu Kamu 🤩

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!

Trending Tue, 19 Jan 2021
error: Content is protected !!