Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2024 @ 4:02pm

Akui Masih ‘Mentah’ Dalam Industri Seni, Syafiq Kyle Tak Tergugat Kemunculan Pelakon Baharu – “Tak Ada Lagi Isu Hero Sama, Tua…”

Pelakon, Syafiq Kyle mengakui tidak sama sekali tergugat dengan kemunculan pelakon baharu dalam industri seni, sebaliknya memandang perkara tersebut dalam sudut positif.

Ketika ditemui XTRA, Syafiq berkata bakat baharu dalam bidang lakonan memberikan impak positif selain mewujudkan persaingan sihatt.

Syafiq bagaimanapun mengakui dirinya masih ‘mentah’ sebagai pelakon dan sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti diri sendiri dalam menjadi pelakon lebih baik.

“Masing-masing ada pandangan. Kalau dari sudut tergugat, ada baik dan tidak baik.

“Tetapi, siapa saya nak beri pendapat mengenai perkara ini sebab saya sendiri pun belum cukup ‘masak’ dalam industri, genre lakonan untuk bercakap mengenai pendatang baru.

“Saya pernah jadi bakat baharu dan berada di tepat itu. Saya pernah disebut dan tidak disebut. Pengalaman itu banyak mengajar saya dan rasanya pelakon lain pun alami pengalaman sama.

“Pada mulanya memang kita mahukan benda itu (mencipta nama), tapi bila dah nampak jalan, saya mula nampak apa yang lebih penting.

“Terutamanya kepentingan untuk diri saya, keluarga dan penonton yang menonton saya,” katanya.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sidang media Terlanjur Cinta, Viu baru-baru ini.

Aktor drama rantaian Cinta Buat Dara ini berkata kehadiran pelakon baharu memeriahkan lagi industri seni serta memberi lebih banyak pilihan kepada penerbit untuk membuat pemilihan pelakon membintangi sebuah naskah mereka.

“Mungkin dengan kehadiran ramai bakat baharu akan memberikan lebih banyak pilihan seiring dengan kepelbagaian platform tayangan yang ada di Malaysia ini.

“Tidak akan ada lagi isu hero sama, hero tua atau dah tak relevan atau heroin yang membosankan untuk ditonton sebab kita ada banyak pilihan platform.

“Jadi, masing-masing ada peluang pilih cabang seni apa yang mereka nak cuba dan berikan.

“Saya rasa munculnya ramai bakat baharu lebuh menarik untuk diraikan dalam industri seni,” tuturnya lagi.

Syafiq Kyle

Sementara itu, sebagai pelakon senior Syafiq berkata dia mengambil tanggungjawab untuk membantu pelakon baharu yang masih bertatih.

“Ramai selebriti hari ini yang kita tak kenal siapa pun mereka. Tapi, tugas kita adalah untuk meraikan.

“Bukan mengatakan mereka tak layak, tapi kita perlu tunjukkan kepada mereka cara untuk bawa diri atau buat pilihan tepat.

“Kita pun bukan terlalu bagus untuk katakan apa yang dibuat sentiasa betul, jadi perlu lebih banyak berkongsi. Zaman sekarang berbeza berbanding dengan dahulu.

“Saya hargai bakat baharu yang ada, bukan sahaja yang di depan kamera, tapi ramai juga di belakang kamera. Kita punya kru, pembikin filem, penulis, semuanya muda-muda. Jadi, raikan hasil kerja mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Memaafkan Boleh, Melupakan Tidak”- Mimi Lana Kekal Hubungan Baik Dengan Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: Tak Ada Masalah ‘Chemistry’ Meski Jurang Umur Jauh, Syafiq Kyle & Puteri Balqis Serasi – “Dia Sangat Disiplin”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 1 Aug 2018

Happy 18th Anniversary RED BOX KARAOKE!

Since it’s their birthday, they’re rewarding YOU with lots of deals.

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Nak Tengok Paduan Suara Awie, Ella? Jom Ke Dinner GIG 2018!

Dinner GIG 2018 bertujan untuk mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan Kelab Bola Sepak Felda United. Jom support!

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Featured Wed, 12 Feb 2025

Didakwa ‘Seronok’ Hasilkan Content Berunsur Songsang, Ini Respons Imran Bard: “Saya Minta Maaf, Tuduhan Itu Sangat Berat!”

Imran Bard meluahkan rasa kesal selepas video pendek yang dihasilkannya baru-baru ini menerima respons kurang enak.

error: Content is protected !!