Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir December 13, 2022 @ 12:50pm

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Pelakon Datuk Aaron Aziz memberi teguran kepada umat Islam yang meminta diri mereka di tilik nasib supaya berhenti berbuat demikian.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia menjumpai orang Melayu komen dengan meminta untuk meramalkan nasib mereka di saluran pengguna TikTok yang tilik nasib menggunakan ‘tarot card’.

“Assalamualaikum wbt. Saya teragak-agak nak buat video ni dah beberapa minggu dah. Saya nak beri peringatan dan teguran secara baik dan penuh hormat.

“Saya lihat di TikTok ada beberapa channel yang tilik nasib menggunakan card reading dan di channel tersebut saya perhatikan ramai orang Melayu kita dimana beragama Islam yang komen minta ditilik nasib,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut telah tertulis di dalam Al-Quran dimana mempercayai tilik nasib adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.

“Tolong jangan buat macam tu eh sebab ia sesuatu yang sangat dilarang oleh Allah. Dalam Al-Quran ada disebut jangan jumpa orang untuk tilik nasib, dalam hadis pun baginda Rasullah SAW pun ada kata jangan cari dan percaya tilik nasib.

“Channel tu kalau korang nak tengok secara hiburan tak apa tapi yang minta komen untuk membaca dan tilik nasib tu terpulang pada korang sama ada sedar atau tak sedar. Kita berserah je pada Allah dan tawakkal,” ujarnya.

@therealaaronaziz Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya mengenai sesuatu serta membenarkannya, tidak diterima sembahyangnya selama empat puluh malam”. riwayat Imam Muslim daripada sebahagian isteri Nabi (SAW) #f #fy #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – aaron aziz


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran dan turut berterima kasih kepadanya diatas peringatan tersebut.

“Betul. Peringatan untuk kita semua.

“Alhamdulillah. Bagus sangat nasihat En. Aaron. Terbaik.

“Thank you bagi teguran yang baik,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 4 Feb 2019

Kembar Neelofa Di Pentas AJL?

Penyanyi bersuara lantang, Siti Sarah Raisuddin nampaknya bukan sahaja mampu memukau penonton dengan persembahannya yang mantap malah, penampilan Siti Sarah juga dikatakan seperti Lofa. Betul ke? Bukan main lagi netizen ni kan? Laju je kan […]

Trending Wed, 8 Aug 2018

Tuduhan Terima Wang Haram RM 42 Juta, Najib Razak Mengaku Tidak Bersalah

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Trending Tue, 28 May 2024
Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Sun, 8 Sep 2024

Sabronzo Nafi Bercinta Dengan Ahli Politik

Video viral tu nampak mirip Sabronzo tapi bukan ye guyss

Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
Featured Mon, 7 Nov 2022

[VIDEO] Tak Tertekan Soal Jodoh, Elfaeza Ul Haq Syukur Dihindari Maksiat – “Saya Tak Gemar Lelaki Suka Saya..”

Elfaeza tenang belum bertemu jodoh meskipun usia menghampiri 40 tahun ❤️

Featured Wed, 27 Aug 2025

“Kurangkan Memandai, Tak Payah Tulis Macam Hidup Tu Sempurna Sangat” – Abby Abadi

Abby Abadi menegur segelintir pihak yang bertindak seakan-akan mengetahui kehidupannya.

error: Content is protected !!