Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 8, 2022 @ 3:00pm

[VIDEO] Jamal Abdillah Dikecam Pengikut Politik Gara-Gara Video…

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular satu dakwaan oleh penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang didakwa membuat fitnah terhadap sebuah parti politik.

Menerusi rakaman yang tular itu, Jamal mendakwa azan tidak boleh dilaungkan serta pusat pengajian tahfiz bakal dirobohkan di negeri yang diperintah oleh parti berkenaan.

“Hari ini saya ingin melontarkan sedikit pandangan bersempena dengan musim pilihan raya ini. Saya sebenarnya tidak berparti. Yang mana betul, saya sokong.

“Sebelum nak mengundi, saya nak mengingatkan anda pernah tak mendengar tentang isu khalimah Allah, isu surau yang tidak boleh diazankan dan sekolah tahfiz yang hendak dihapuskan.

“Perkara ini sebenarnya bermula daripada parti *****. Dengan segala hormatnya saya meminta kepada semua pengundi, saya bukan bersifat perkauman tetapi ianya untuk mengelakkan negara kita menjadi negara bukan Islam selepas ini.

“Berhati-hati mengundi dan kita tolak sepenuhnya *****,” ujar Jamal dalam rakaman tersebut.

@zettydja_ #awasgakfyp #awas #jamalabdillah🎤 ♬ original sound – zettyDja

Melihat kepada isu tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelantun lagu Azura itu yang didakwa sebagai fitnah dan propaganda semata.

Bagaimanapun, isu tersebut juga telah mendapat perhatian segelintir ahli politik sehingga meminta Jamal untuk membuat penafian terhadap rakaman tersebut sekiranya tidak sahih atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata warganet bersetuju agar tindakan saman dikenakan ke atas penyanyi tersebut atas dakwaan memfitnah.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Jamal berhubung isu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

‘Lepaskan Syarikat Bukan Sebab Selisih Faham’- Dafi

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri memaklumkan dia mahu menceburi bidang perniagaan yang tidak berkait dengan dunia hiburan.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Azlan bertegas dia hargai pengorbanan Nur Nilam yang menjaganya selepas terbabit kemalangan

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020
Featured Sun, 21 May 2023
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Featured Tue, 27 Aug 2024
Hiburan Mon, 29 Jul 2024
error: Content is protected !!