Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 1, 2023 @ 4:00pm

#ThrowbackXTRA: Genap 7 Tahun Berkahwin, Stacy Kenang Momen Lucu Ketika Mengurat Akim Ahmad

Genap tujuh tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Stacy mendedahkan detik perkenalannya bersama suaminya, Akim Ahmad.

Tampil berbeza dengan pasangan yang lain, Stacy tampil mengimbau kembali momen dirinya ingin mendekati pelantun lagu Mewangi itu.

Menurut Stacy, sifat pendiam Akim sebelum ini membuatkan dirinya ingin berkenalan dengan suaminya itu tanpa rasa segan.

“Masa mula-mula jumpa Akim, macam mana kami boleh bercinta tu tak perlukan masa yang lama. Yang melamar tu saya. Saya tanya dia dulu dah ada girlfriend ke belum?

“Sebab saya jenis kalau suka kat seseorang saya kena tanya dulu sebab taknak jadi penyondol walaupun belum kahwin. Bila dah tanya tu kami jalani hubungan seperti biasa sebab happy dan selesa.

“Saya tak rasa segan sebab dia macam diam je orangnya so kita cuba. Reaksi dia masa saya propose tu dia malu tapi dia okay lah,” katanya.

Selain itu, Stacy turut mengakui dirinya kadang-kala terasa geli hati apabila terimbau momen sepanjang mereka berkenalan dan berkahwin diusia yang muda.

“Dan momen kelakar yang saya tak boleh lupakan bila kami ketika tu masih budak tapi nak jadi macam orang tua. Dia nak jadi gentleman tapi time tu muda lagi. Itu kelakarlah bagi saya.

“Sekarang selepas tujuh tahun berkahwin bersamaan 13 tahun berkenalan, Akim selalu cakap tak ada masa berdua sebab saya rasa tak complete kalau tak ada anak-anak.

“Jadi, lama-lama dia dah terbiasa walaupun dulu dia selalu tanya bila nak ada masa untuk dia pula. Kami pernah keluar berdua tapi bila tak ada anak macam tak boleh hidup sebab kisah cinta kami dah membentuk sebuah keluarga,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Featured Thu, 9 Feb 2023

AJL 37: Berjaya Jadi Finalis Tutup Mulut Pengecam? Iman Troye Nafi Riyak

Fuhhh, pencapaian yang amat membanggakan. All the best Iman untuk Ahad ni 🤩🤩

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

ntv7《环球透视》停播两月后转台「重新出发」

ntv7《环球透视》将于2018年3月2日起停播两个月,以便让制作团队重整步伐,重新策划。全新面貌的《环球透视》将于4月30日起,每逢星期一至星期四,晚上11时30分,转至八度空间播出。

Hiburan Sat, 16 Nov 2024

Tokoh Muzik Terkenal S Atan Meninggal Dunia

Datuk S Atan meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru di rumahnya di Kajang pada jam 3.23 petang tadi.

error: Content is protected !!