Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 5, 2020 @ 7:21pm

Mahu Pengakhiran Yang Bahagia, Mira Filzah Akui ‘Serius’ Dengan Seseorang

Selepas sekian lama berteka teki mengenai teman lelaki, akhirnya pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

Namun begitu, setiap kali soalan diajukan kepadanya, pertuturan Mira begitu teratur dan amat berhati-hati dalam memberikan jawapan.

Spekulasi siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu membuat netizen tertanya-tanya. 

Lebih-lebih lagi apabila Mira berkata dia bukan dari golongan industri seni. 

Baca: Mira Filzah Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Walau bagaimanapun mulut pelakon jelita ini masih terkunci rapat apabila ditanya mengenai identiti jejaka tersebut.

Memetik laporan BH Online, jejaka tersebut dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen, dan menurut laporan Harian Metro, beliau juga adik kepada seorang pengacara. Wah!

Sebelum ini, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak dan pernah berkata dia selesa bergaul dengan Zizan kerana perwatakannya yang kelakar. 

Baca: Kahwin Tahun Depan, Apa Komen Mira Filzah?

Mungkin pengalaman lalu membuatkan Mira lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan tentang kisah cintanya?

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul.  Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian. 

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga.  Siapa yang tahu, tahulah…Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian. 

“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga,” kata Mira kepada BH Online. 

Melalui sedutan temubualnya bersama Melodi TV3, Mira berkata, setiap orang yang menjalinkan perhubungan pasti mahukan pengakhiran yang bahagia, iaitu hingga ke jinjang pelamin tetapi belum sampai masanya untuk dia bercerita dengan lebih lanjut kerana semuanya masih di peringkat perkenalan dan belum ada apa-apa kepastian tentang hala tuju perhubungan mereka itu. 

Walau bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman itu mengakui hubungannya dengan ‘si dia’ adalah “Serius, dan bukan main-main.”

 

Kredit Foto: Instagram @mfmirafilzah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Fri, 1 Dec 2017

3 Artis Awet Muda Di Malaysia

Bakal berkongsi dengan anda 3 artis awet muda di Malaysia. Wajah mereka masih seperti mula-mula memasuki dalam bidang hiburan tetap cantik, anggun dan penting muda. Itu yang Awet Muda.

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Events Wed, 19 Sep 2018
Featured Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Menjadi seorang wanita ini tak mudah kan.. lebih-lebih lagi apbila dah berkahwin. Apapun, tahniah Ummi Nazeera sebab berjaya bawa watak Hayfa dengan penuh emosi!

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Apa Pula Sajat Buat Kali Ni?

Wow! kalau nak tahu, dalam episod kali ini juga, Sajat turut meniru gaya-gaya photoshoot Penyanyi kumpulan wanita paling popular di Korea iaitu Girl Generation tau! 

error: Content is protected !!