Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2025 @ 12:37pm

“Macam Mimpi Jadi Kenyataan”- Neelofa ‘Pasang Target’ Kuasai Bahasa Arab & Faham Al-Quran

Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah berada di bab kesepuluh pembelajaran agama.

Katanya menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS), sejak dahulu lagi, dia berdoa untuk menguasai bahasa Arab termasuklah memahami al-Quran, belajar hadis dan boleh bertutur bahasa itu jika berada di Tanah Suci.

Namun, kekangan masa membuatkan dia terpaksa menangguhkan pembelajarannya.

“Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab terutaman nak faham al-Quran, nak baca al-Quran macam buku cerita, nak belajar mopre hadith, nak boleh bercakap kalau di Tanah Suci.

“Tapi tak tahu macam mana nak make it happen. Sebab sudah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan. Sebab susah, sebab mindset, sebab sibuk, tapi still doa terutama malam mustajab. Walupun harapan tu nipis saja dalam haticuma yakin Allah dengar sekarang dah bab 10, buku 1,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak berputus asa dan sentiasa berdoa agar impiannya untuk menguasai bahasa Arab dipermudahkan.

“Long way to go, cuma macam tak percaya boleh sampai sini. Moga Allah lapangkan dada. pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman  untuk kuasai ilmu bahasa ini, semua milik Allah.

“Moga Allah SWT rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti, inshaa-Allah,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 14 May 2018

Gandingan Hebat Siti Nurhaliza Dan Khai Bahar Dalam Cinta Syurga

Siti memilih penyanyi yang popular menerusi lagu Bayang itu kerana,  Khai mempunyai vokal yang baik selain popularitinya yang semakin meningkat naik dikalangan peminat muzik tanah air.

Featured Mon, 23 Feb 2026

Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Kak KM sempat berkongsi momen menyentuh hati itu apabila Kak Nona hadir di kediamannya sebelum kedua-duanya gagal menahan sebak dan saling berpelukan.

Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Hiburan Sun, 26 Jan 2025

“Apa Yang Buat Saya Sedih Adalah Ketika Fatima Beritahu Dia Mimpi Daddy” – Fattah Amin Tak Dapat Tahan Sebak

Kesibukan tidak pernah menjadi alasan untuk Fattah Amin mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Wanna Take That Super Cool OOTD’s and Selfies For Raya? Huawei P30 User Can Try These 7 Hacks!

Let’s take a look at these 7 super cool technologies for you to amp your Hari Raya With The New Huawei P30 Pro!

Selebriti Wed, 22 Apr 2020
Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!