Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 20, 2018 @ 5:00pm

Jangan Guna Poket Di Tempat Duduk Kapal Terbang Anda Kerana Sebab Yang Menggelikan Ini

Ruangan di dalam kapal terbang bukanlah tempat yang selesa. Dan yang paling penting, ia bukanlah sebersih yang anda sangka.

Ia memang penuh dengan kuman, dan dengan udara yang “dikitar semula”, besar kemungkinan anda boleh berjangkit dengan mana-mana penyakit yang penumpang lain ada.

Menurut pengguna Reddit yang merupakan seorang anak kapal penerbangan jauh, salah satu lokasi yang paling kotor dan berkuman sebenarnya adalah poket kecil yang terletak di depan seat anda.

Rupa-rupanya poket-poket ini tak pernah dicuci dengan betul, dan apa saja dari sampah ke tisu yang telah digunakan dan seluar dalam pernah ditinggalkan di situ.

Tengoklah gambar di bawah ini. Lampin yang dah dipakai pun ada orang tinggalkan di sini!

Foto: PassengerShaming.com

“Saya selalu recommend penumpang untuk tidak sesekali meletakkan apa-apa di dalam poket ini,” kata pengguna Reddit yang menggelarkan dirinya sebagai HausofDarling itu.

“Sampah di dalamnya akan dibuang tapi poket ini sendiri tak pernah dibersihkan. Saya dah bawa keluar dan lihat segala macam barang dari situ.

“Tisu kotor, beg muntah, seluar dalam, stokin, gula-gula getah, gula-gula yang dimakan separuh, buah epal yang dah habis dimakan… kemudian untuk penerbangan seterusnya, penumpang lain meletakkan telefon, laptop atau iPad mereka di situ pula.” Eeee!

Krew kabin ini berkata lagi, “Ada juga penumpang yang suka meletakkan kaki mereka di dalam poket ini ketika ingin tidur. Oh, ada juga orang yang membuang kuku mereka di situ. Saya… saya tak tahulah kenapa.” Ish, tak bertamadun ke mereka ini?

Selain poket kecil yang nampak saja berguna tapi sebenarnya menggelikan, HausofDarling berkata tandas dalam kapal terbang juga tak begitu bersih. Mestilah, namanya pun tandas!

“Tolonglah, jangan memasuki tandas sambil berkaki ayam. Percayalah cakap saya, dalam 9 daripada 10 kali, cecair di lantai itu bukannya air yang datang dari paip.” Eeeee!

Lagipun tandas-tandas dalam kapal terbang hanya dicuci dengan betul selepas pesawat mendarat di sesuatu destinasi. Jika kapal terbang itu bergerak dari satu hujung dunia ke hujung dunia yang lain, bayangkanlah betapa kotornya tandas ini dengan seramai 200 orang yang menggunakannya.

Foto: dailymail.co.uk

Ujian kebersihan yang telah dijalankan menunjukkan lokasi-lokasi lain dalam kapal terbang yang penuh dengan kuman adalah tempat letak kepala, buckle pada tali pinggang keledar, meja lipat di depan seat dan handle di dalam pintu tandas.

Jadi lepas ini bila anda menaiki kapal terbang, pastikan anda elak daripada menyentuh benda-benda ini secara kerap. Kalau nak lagi selamat, bawa hand sanitizer dan gunakannya.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Saya Tak Nak Bila Dah Tua Baru Nak Cari…” – DSV Mahu Cik B Cari Kekasih, Restu Anak Kahwin Muda

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak kisah andai anak gadisnya ingin mencari kekasih memandangkan Cik B kini sudah genap 17 tahun. Memetik laporan mStar, usahawan terkenal itu merestui jika Cik B ingin berumah tangga […]

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Nikmati Susu Kurma Sepanjang Ramadan Ini. Pasti Segar & Bertenaga!

Jom cuba resepi susu kurma ini, pasti melengkapkan hidangan bersahur dan berbuka anda.

Featured Tue, 17 Apr 2018

Dera Isteri, Taktik Kejam Seorang Suami Pancing Mentua Bayar Hutang Bil Isteri Bersalin

Tragedi menyayat hati berlaku di Shahjahanpur pada 13 April lalu, India, apabila seorang isteri diikat di siling dan dipukul oleh suaminya kerana tidak mendapat wang ganti daripada keluarga mertua.

Bukan itu sahaja, si suami, Ashok Shukla turut merakamkan kejadian tragis terhadap isterinya, Ruchi Shukla untuk memberi mesej kepada keluarga mertua agar membayar balik wang dengan segera.

Featured Sun, 14 Jun 2020
Featured Wed, 21 Feb 2024
Featured Sun, 30 Jun 2024
error: Content is protected !!