Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 6, 2024 @ 2:14pm

PU Azman Akhirnya Mengaku Bersalah Sentuh K*mal*an Pelajar, Hukuman Penjara Ditambah

Pendakwah bebas popular, Azman Syah Alias,atau lebih dikenali sebagai PU Azman, 43,  akhirnya dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kes amang seksual yang dilakukannya terhadap remaja lelaki, dua tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu ditambah sebanyak 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada Jumaat.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid.

Mengikut pertuduhan, Azman dituduh melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menyentuh kemaluan seorang remaja berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang.

Dia dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Firdaus Wong Muncul Jadi Saksi Ke -10, Dedah Berlaku Perbuatan Liwat Antara PU Azman Dengan Dua Remaja Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual PU Azman: “Saya Percaya Kepada Firdaus Wong Untuk Bantu Kami” – Saksi Kelapan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual, Ustazah Dedah PU Azman Lakukan Seks Oral Pada Anak Murid -“Dia Minta Ci*m Mulut & Kemal**n Hingga…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual PU Azman: “Dia Minta Anak Saya Sapukan Minyak Di Bahagian Kemal*annya Sebelum…” – Saksi Ketiga

Sementara itu, peguam mewakili Azman iaitu Fahmi Adilah berkata, hukuman tersebut dibuat berdasarkan faktor mitigasi dikemukakan kepada mahkamah.

Tambahnya, anak guamnya itu insaf dan menyesal atas perbuatan yang dilakukan serta berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.

“Tertuduh kini menjalani hukuman penjara di Kajang sejak 27 September lalu. Sebelum ditangkap, anak guam merupakan seorang penceramah selebriti yang memberikan ceramah motivasi. Pengakuan salah dibuat oleh tertuduh pula didorong oleh faktor keinsafan.

“Selain itu, tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, justeru untuk menjaga kepentingan awam, anak guam berjanji akan berubah untuk menjadi orang yang lebih baik jika diberikan ruang,”katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi bertegas perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku disebabkan Azman adalah individu yang dikenali ramai.

“Pengakuan salah bukan salah satu sebab untuk diberikan diskaun (hukuman) kepada tertuduh.

“Faktor keringanan hukuman yang ringan bukan faktor mitigasi yang boleh dipandang enteng oleh mahkamah sebaliknya perlu mengambil kira keseriusan kesalahan dan kepentingan awam,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Lakukan Amang S*ksual, Permohonan PU Azman Ditolak… Mengaku Sudah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Dalam Penjara

ARTIKEL BERKAITAN:Bersalah Lakukan Amang S*ksual Fizikal Terhadap Remaja Lelaki, PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

ARTIKEL BERKAITAN:Nafi Kurus Sebab Tekanan Kes Amang Seksual, PU Azman Masih Aktif Beri Ceramah – “Saya Dah Tak Fikirkan Apa-Apa…”

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Tanda Kebangkitan Baharu Dalam Industri Muzik, Sakura Band Kembali Dengan Album ‘RE:START’

Selepas berehat agak lama, kumpulan muzik tempatan Sakura Band kembali mewarnai industri dengan pelancaran album terbaharu berjudul RE:START

Hiburan Fri, 2 Aug 2024
Fab Foodies! Thu, 24 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Ikan Salmon antara hidangan terbaik memandangkan ia datang dengan sumber protein berkualiti tinggi. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding ikan lain, perlu tahu…ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 (baik untuk kesihatan kulit dan rambut)

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Mon, 7 Mar 2022
Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Trending Thu, 8 Feb 2018

STALL OWNERS THREATEN CUSTOMERS AFTER UNETHICAL BUSINESS METHOD EXPOSED

Recently, an asam pedas fish stall in Melaka went viral after a customer decided to share how she was cheated of her money. Now, the stall owners are attacking the customers in return!

Featured Tue, 21 Oct 2025

Kongsi Tarikh Lahir Sama, Da’i Syed Selamat Timang Anak Kedua

Meskioun jantina bayi masih dirahsiakan namun Da’i Syed nekad untuk menyembelih dua ekor kambing.

error: Content is protected !!