Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 23, 2026 @ 7:53am

Tanda Kebangkitan Baharu Dalam Industri Muzik, Sakura Band Kembali Dengan Album ‘RE:START’

Selepas berehat agak lama, kumpulan muzik tempatan Sakura Band kembali mewarnai industri dengan pelancaran album terbaharu berjudul RE:START yang melambangkan permulaan baharu buat mereka.

Album tersebut diperkenalkan menerusi persembahan khas dalam sidang media yang berlangsung di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Menurut wakil kumpulan, Mell atau nama sebenarnya Melly Matius, pemilihan judul RE:START menggambarkan fasa kebangkitan semula yang sedang dilalui oleh mereka.

“Album ini memang mencerminkan kemunculan semula kami selepas berehat lama. Dari segi muzik, ada sedikit perubahan apabila kami lebih cenderung kepada pop rock, tetapi identiti Sakura Band masih dikekalkan,” katanya.

Album ini dibuka dengan lagu pengenalan RE:START yang menjadi asas kepada keseluruhan konsep penceritaan, dengan setiap lagu membawa kisah yang dekat dengan pengalaman peribadi ahli kumpulan.

“Kebanyakan lagu dalam album ini datang daripada apa yang kami lalui sendiri, jadi ia sangat dekat dengan kehidupan kami,” jelasnya.

Sebagai langkah memperkenalkan semula muzik mereka kepada peminat, Sakura Band memilih lagu Masih sebagai single pertama, yang menampilkan elemen pop lebih kuat.

“Lagu ini kami pilih supaya peminat lama dapat rasa semula identiti Sakura Band. Ia ada vibe yang hampir dengan lagu terdahulu dan menjadi penghubung untuk pendengar kembali kepada muzik kami,” katanya.

Dari sudut produksi, album ini turut menampilkan kolaborasi bersama Adi 6ixth Sense serta penerbit Laq.

“Proses rakaman untuk lagu seperti Masih dan Bulan & Bintang berjalan lancar. Kami bebas berkongsi idea dan semuanya jelas dengan hala tuju masing-masing, jadi ia jadi pengalaman yang sangat positif,” katanya.

Keunikan album ini turut terletak pada pendekatan penulisan lagu yang lebih jujur dan dekat dengan realiti kehidupan.

“Kami ambil inspirasi daripada apa yang berlaku di sekeliling dan pengalaman sendiri supaya pendengar boleh lebih mudah rasa kaitan dengan lagu-lagu ini,” ujarnya.

Dari segi bunyi, Sakura Band turut menampilkan evolusi dengan sentuhan yang lebih matang serta elemen eksperimen dalam genre pop rock.

“Sound kali ini lebih berat berbanding sebelum ini. Ini juga kali pertama kami hasilkan dan terbitkan album sendiri, jadi kami ambil peluang untuk bereksperimen sambil menjaga identiti kami,” katanya.

Walaupun berdepan cabaran dalam mencari konsep dan mengekalkan konsistensi sepanjang proses produksi sejak Januari 2025, mereka tetap berpuas hati dengan hasil akhir.

“Cabaran utama adalah mencari idea yang segar dan kekalkan momentum kerana masing-masing ada komitmen. Tetapi akhirnya kami berjaya hasilkan sesuatu yang kami banggakan dan belajar banyak sepanjang proses ini,” katanya.

Sakura Band berharap RE:START dapat diterima baik oleh peminat serta mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik tempatan.

“Kami harap album ini menjadi permulaan kepada lebih banyak karya dan kolaborasi akan datang. Terima kasih kepada Seventeen Eleven Music atas kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Album RE:START yang diterbitkan oleh Seventeen Eleven Music kini boleh distrim di semua platform digital bermula 17 April 2026, manakala muzik video rasmi Masih turut dilancarkan pada hari sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Trending Sat, 25 Nov 2017

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah,

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah, Antara Serangan Paling Teruk Dalam Sejarah Mesir

Hiburan Fri, 21 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Ambil ‘Bodyguard’ Untuk Keselamatan Anak-Anak – “Saya Takut Sekarang Banyak Kes Culik”

Puteri Sarah bimbang kes culik semakin menjadi ambil bodyguard demi keselamatan anak-anak

Trending Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Ooo…Ini Rupanya Sebab Kenapa Aiman Tino ‘Cuti’ Panjang

Aiman Tino tak mahu masalah jadi berpanjangan sebab itulah dia terpaksa berehat.

Featured Wed, 20 Apr 2022
Trending Tue, 16 Feb 2021

Harap Perjalanan PdPR Lebih Memberi Kesan & Progresif, Ibu Bapa Pelajar Tak Sabar Tunggu DidikTV Dilancarkan!

Bermula esok, 17 Februari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran […]

error: Content is protected !!