Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 30, 2018 @ 11:04am

Ooo…Ini Rupanya Sebab Kenapa Aiman Tino ‘Cuti’ Panjang

Penyanyi Aiman Tino mengaku terpaksa menolak banyak undangan persembahan berikutan masalah tonsil dialaminya.

Kata Aiman, masalah kesihatan dialami sejak beberapa bulan lalu ini memaksa Aiman untuk berehat dari menyanyi bagi memberi ruang untuk sembuh sepenuhnya.

“ Doktor pesan tidak cukup rehat antara faktor yang menjejaskan kesihatan. Saya tidak mahu masalah berpanjangan, sebab itu saya terpaksa ‘bercuti’ dari menerima sebarang persembahan.

“ Saya perlu rehat dari menyanyi bagi memastikan kotak suara saya kembali peluh sepenuhnya,” katanya.

Penyanyi terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini memberitahu doktor turut mengesan beberapa ulser pada kotak suaranya.

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal muncul dengan single terbaru bulan depan.

“ Ia merupakan lagu jiwang. Tetapi selepas ini saya mahu cuba membawa lagu berentak R&B pula. Satu kelainan yang perlu saya bawakan dalam memantapkan karier sebagai seorang penyanyi,” katanya.

Semoga cepat sembuh, Aiman! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Mar 2022
Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

Featured Sat, 27 Sep 2025

Terus Cipta Fenomena, Alpha Lancar MV ‘P Ramlee Saloma’

Alpha, terus mencipta fenomena menerusi single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Featured Sun, 3 Apr 2022

“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

Wardina mohon agar Yasin dibebaskan untuk mendapat rawatan segera..

Featured Fri, 31 Mar 2023

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan

error: Content is protected !!