Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 12, 2022 @ 1:30pm

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Umum sedia maklum bahawa, walaupun bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telahpun dilaksanakan sejak 28 Mac yang lalu namun, masih ada segelintir rakyat yang permohonannya masih tidak berjaya sehingga ke hari ini.

Malah, mungkin ada segelintir pemohon yang terlepas pandang bahawa, permohonan rayuan BKM yang TIDAK LULUS telahpun dibuka secara atas talian (online) dan manual.

Namun, terdapat beberapa kategori rayuan yang TIDAK DIBENARKAN dibuat secara online. Jom semak!

Tarikh Permohonan Rayuan Manual

Permohonan rayuan secara manual bagi permohonan rayuan yang tidak dibenarkan dibuat secara atas talian boleh dibuat sepanjang tempoh berikut;

  • 9 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022

Kategori Yang Tidak Dibenarkan Secara Online

Berikut adalah permohonan rayuan BKM yang tidak dibenarkan dibuat secara online.

  1. Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian
  2. Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
  3. Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
  4. Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain
  5. Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain
  6. Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
  7. Anak telah membuat permohonan lain
  8. Anak wujud sebagai pasangan di permohonan lain

Bagi mana-mana permohonan yang TIDAK LULUS dengan Kod Tidak Lulus seperti yang dinyatakan di atas, pemohon perlulah mengemukakan Rayuan ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan bersama-sama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Untuk makluman, pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan dan bukan dari kategori yang dinyatakan di atas dinasihatkan untuk membuat rayuan secara online sahaja bagi mengurangkan kesesakan di kaunter LHDN.

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Rayuan BKM 2022: Semak Senarai Kategori & Tarikh Permohonan Rayuan Bagi Yang Layak

ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Cara Semak Bayaran BKM, Dikreditkan Ke Akaun Sendiri ATAU Pasangan?

ARTIKEL BERKAITAN:BKM 2022: Bayaran Fasa 1 Bermula 28 Mac Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Jom Semak Cara Buat Rayuan BKM Fasa 1 Yang Akan Dibuka Pada 2 Mei Hingga 2 Jun 2022

 

Sumber: LHDN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Trending Tue, 25 May 2021

Jom Semak! Ini Cara Semak Tarikh Akhir Bayaran i-Sinar KWSP Secara Online

Boleh semak hanya dihujung jari anda sahaja…

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

“Kalau Dah Bantu Secara Peribadi, Tak Payah Share, Cukup Sekadar….” – Ajak

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpendapat bantuan secara peribadi yang dihulurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan tidak perlu dihebahkan. Mengulas mengenai peranan selebriti untuk membantu golongan yang dilanda kesusahan tatkala pandemik ini, Ajak lebih […]

Trending Sun, 5 May 2019

Syed Saddiq Berang Ada Akaun Facebook Palsu

YB Syed Saddiq telah tampil membuat laporan polis berikutan kewujudan akuan palsu yang menggunakan nama dan gambarnya di laman sosial Facebook.

Cahaya Mata Sat, 14 May 2022

“Serik Ya Allah…” – Syatilla Melvin Masuk Hospital Semula Akibat Sakit Kepala & Tulang Belakang

Bak kata Tilla penangan anak ketiga… Apapun semoga Syatilla cempat sembuh!

Events Fri, 14 Dec 2018

马台共制《爱玩客-分开旅行》阿哲生吃活虫!

马台共同制作《爱玩客-分开旅行》旅游行脚节目!大马艺人陈泽耀生吃活虫「先咬了头,之后……」

error: Content is protected !!