Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2024 @ 3:12pm

“Awak Memang The Best!” – Mimi Lana Terharu Syafiq Kyle Dah Tonton Telefilem ‘Perempuan Paling Merana’

Meskipun hubungan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana terputus sebelum mendirikan rumah tangga, namun keakraban dan sikap profesional antara mereka wajar dicontohi.

Baru-baru ini, Mimi memuat bertanya kepada pengikutnya di Instagram sama ada mereka sudah menonton telefilem Perempuan Paling Merana di aplikasi TonTon.

Rata-rata pengikutnya dan rakan selebriti meluahkan pendapat mereka mengenai telefilem tersebut yang dikatakan mempunyai jalan cerita sangat menarik.

Malah, ramai juga dalam kalangan mereka yang memuji lakonan hebat Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin sebagai watak utama dalam telefilem tersebut.

Mimi Lana

Bekas kekasihnya, aktor Syafiq Kyle turut memberi sokongan mengatakan dia sudah menonton telefilem itu.

“Saya dah tengok. Mind blowing,” kata Syafiq.

Seakan terharu atas sokongan tersebut, Mimi membalas komen Syafiq itu menanggap bekas tunangnya itu seorang yang terbaik.

“Awakk memang the best!,” tulisnya.

Mimi Lana

Sebelum ini, Pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.

Syafiq dan Mimi berkongsi foto memakai pakaian tradisional sedondon berona biru menarik perhatian ramai mendakwa mereka kembali bercinta, baru-baru ini.

Terdahulu, heboh di media sosial apabila majlis pernikahan Syafiq dan Mimi yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos tahun lalu dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Follow The Flow Sahaja” – Mimi Lana

Artikel Berkaitan: “Memaafkan Boleh, Melupakan Tidak”- Mimi Lana Kekal Hubungan Baik Dengan Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: Sambut Syawal Di Tanah Suci, Syafiq Kyle Selit Nama Mimi Lana Dalam Doa

Jangan lupa saksikan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

SINOPSIS:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 20 Oct 2022

“Korang Ni Tak Belajar Agama Ke?” – Sajat Sekolahkan Netizen, Selar Keturunan Manusia Berasal Dari Monyet

Usahawan selebriti kontroversi, Nur Sajat sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila  memberi pandangan berkenaan isu cicit Nabi Muhammad SAW. @hazrinempire Apa kate sajat!..😎 #hazrinempire #sajat #skincare #personalcare #funny ♬ nhạc nền – 𝘾𝙝𝙞𝙡𝙡𝙃𝙤𝙪𝙨𝙚𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘 – 𝑩 […]

Trending Wed, 15 Jul 2020

Dr Noor Hisham Minta Rakyat Malaysia Lakukan Perkara Ini…

Jangan Malas! Jangan Alpa! Patuhi SOP okay…

Trending Wed, 1 Jan 2020

Jumpa 19 Bangkai Kucing & Sampah Bertimbun Sampai Ke Siling Rumah

Kesiannya pada kucing-kucing yang mati tu!

Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Events Wed, 26 Mar 2025

Kolaborasi Dengan Hot FM, ‘Contest Berbuka Puasa’ Temukan Alyph & Peminat – “Teruja Dapat Luangkan Masa Istimewa Ini “

Penyanyi rap asal Singapura, Alyph akhirnya menjalankan kolaborsi bersama dalam satu acara istimewa yang dipanggil  ‘Contest Berbuka Puasa’.

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Sun, 7 Mar 2021

Kerajaan Bakal Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Baru, Bantuan Buat Sektor…

Pakej rangsangan ekonomi baru akan diumumkan dalam masa terdekat untuk membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan baharu itu kali ini […]

Hiburan Fri, 5 Aug 2022
error: Content is protected !!