Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 17, 2019 @ 7:31pm

Fattah Dan Fazura Sudah Bersedia Untuk Hidup ‘Bertiga’

Pasangan pelakon suami isteri, Fattah dan Fazura sentiasa menjadi perhatian ramai kerana mereka boleh dikira pasangan selebriti yang ideal kerana kedua-duanya sama cantik sama padan. 

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin (29) mengakui dirinya amat pemalu dan pendiam semasa mula-mula menceburi bidang seni, walau bagaimanapun Fazura telah mendorong dan memberi inspirasi kepadanya untuk berubah. 

“Dahulu, saya seorang yang sangat pemalu dan pendiam, namun sekarang ada sedikit perubahan.  Isteri menjadi inspirasi saya untuk berubah,” kata Fattah kepada BH Online.

Sentiasa bertolak ansur dan saling memahami menjadi kunci kejayaan pasangan Fattah dan Fazura kekal bahagia walaupun  baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua penghujung November lalu.

“Saya dan Fazura saling melengkapi selepas dua tahun berkahwin.  Alhamdullillah, kami baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan kedua pada 27 November lalu. 

“Kami saling mengenali dalam tempoh setahun bercinta dan dua tahun melayari bahtera perkahwinan.  Saya kenal baik buruk dan luar dalam isteri.  Bagi saya, ia adalah detik yang sangat indah. 

“Dalam perjalanan ini, pasangan suami isteri harus bertolak ansur dan faham memahami supaya tidak timbul kepincangan dalam rumah tangga,” katanya lagi. 

Walaupun di luar, isterinya seorang bintang terkenal, tetapi di rumah Fattah berkata Fazura tidak lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan baik. 

“Walaupun Fazura dianggap sebagai bintang, sikapnya tidak seperti bintang ketika di rumah.

“Fazura rajin memasak. Saya paling suka sambal udang, sayur kailan ikan masin dan telur goreng hasil air tangannya. Hari-hari masak lauk sama pun saya okay.

“Kami tiada pembantu rumah, jadi kerja rumah dilakukan bersama-sama.  Saya dan Fazura tidak suka rumah bersepah,” ujar pelakon drama rantaian Cetera Hati Diya ini. 

Fattah berkata sebelum berkahwin dia tahu isterinya seorang yang pemurah dan penyayang, tetapi apabila sudah duduk serumah, dia menyedari sikap Fazura yang sungguh ketara kerana menurutnya pelakon Dendam Pontianak itu tidak lokek untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. 

“Saya tidak sangka isteri seorang yang penyayang dah pemurah hati apabila kami duduk serumah.  Sebelum berkahwin, saya tahu isteri seorang pemurah, tetapi apabila duduk serumah, sikapnya lebih ketara. 

“Fazura suka membantu orang dan semangat menghulurkan pertolongan sangat luar biasa.  Dia tidak boleh melihat orang yang disayangi atau kawan rapat dalam kesusahan,” ujar Fattah. 

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Fattah turut mengakui mereka ada bergaduh ‘manja’ sepanjang dua tahun menempuh kehidupan berumah tangga dan ini hanya merapatkan hubungan mereka kerana barulah dapat mengenali pasangan.

“Apabila Fazura marah dan merajuk, saya tahu dia tak suka, jadi jangan buat lagi.  Fazura tidak suka rumah berselerak dan campak baju merata-rata. 

“Fazura juga seorang yang ringkas dan tidak suka bersiap lambat.  Dia hanya akan mengambil masa lebih untuk bersiap apabila perlu menghadiri acara tertentu,” katanya.

Apabila ditanya bila mahu menimang zuriat, Fattah berkata dia serahkan segalanya kepada Allah SWT. 

“Saya dan Fazura tidak pernah merancang atau masih dalam tempoh bulan madu.  Kami berserah kepada Allah dalam soal rezeki menimang anak. 

“Kami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata, pada bila-bila masa.  Doakan kami,” pinta Fattah. 

Kredit Foto: Instagram @fattahaminz

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Mar 2025

Bapa Lia Natalia Meninggal Dunia – “Dia Pergi Hari Jumaat, 10 Malam Terakhir Ramadan”

Allahyarham Abden, 69, meninggal dunia akibat sakit jantung di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat.

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

陈志康阔别三年再接棒主持!李心洁力挺音乐担任颁奖嘉宾

Royce陈志康阔别三年再接棒主持!李心洁力挺音乐担任《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》颁奖嘉宾。

Featured Thu, 24 Aug 2023

Jatuh Pentas Ketika Sesi Raptai Punca Uyaina Arshad Bertongkat & Berkerusi Roda

Aduh! Ngerinya tengok Uyaina jatuh macam tu je😭🥴😭🥴

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Fri, 28 Mar 2025

Iman Fandi Rai Semangat Hari Raya Dengan Single ‘Hari Raya Raya Raya’

Penyanyi berbakat dari Singapura, Iman Fandi, menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran single Melayu pertamanya berjudul,  ‘Hari Raya Raya Raya’.

Featured Sat, 15 Feb 2025
Events Sat, 27 Jul 2024

TikTok Award 2024 Iktiraf Pencipta Kandungan Tempatan

Wah, agak-agak siapa yang bakal merebut takhta Khairul Aming pada tahun ni? Sama-sama kita saksikan nanti🙌

Featured Mon, 21 Aug 2023

[VIDEO] Gara-Gara Puji & Backup Ira Kazar Tak Ganggu Hidup Orang, Ramai Kritik Aliff Syukri

‘Ira sangat humble.. yang penting tak kacau hidup orang, diam saja’ – Datuk Seri Aliff Syukri 🫣🤔 Alamak! 🥶

error: Content is protected !!