Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2025 @ 5:38pm

Andmesh, Ziva, Hael, Adira, Ara & Marygrace Bersatu Atas Pentas, Festival Tentang Cinta Gamatkan di Sabah Ogos Ini

Gabungan cinta, vokal hebat dan persembahan memukau bakal mewarnai Festival Tentang Cinta, yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2025, jam 8 malam di Sabah International Convention Centre (SICC).

Konsert berskala besar ini dianjurkan oleh Extreme Visionary Venture dengan kerjasama Tourism Malaysia, serta sokongan daripada rakan strategik Fazbuzz Events & Media Sdn. Bhd. menampilkan barisan artis popular dari Malaysia dan Indonesia.

Andmesh & Ziva Magnolya: Bintang Indonesia Tawan Sabah

Antara tarikan utama ialah penyanyi lelaki sensasi Indonesia, Andmesh, yang dikenali dengan lagu-lagu cinta penuh jiwa seperti Hanya Rindu dan Cinta Luar Biasa. Turut menyerikan pentas adalah bintang muda berbakat besar, Ziva Magnolya, finalis Indonesian Idol Musim Ke-10, yang memikat jutaan peminat dengan teknik vokalnya yang unik dan persembahan bertenaga.

Ziva sebelum ini mencuri perhatian di media sosial menerusi video ‘cover’, dan pernah membuat persembahan bersama penyanyi antarabangsa Jeremy Passion. Namanya terus melonjak menerusi lagu Terlukis Indah dan Peri Cintaku yang menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia.

Hael, Ara, Adira & Marygrace: Bakat Tempatan Angkat Martabat Muzik

Festival ini turut menampilkan deretan artis popular Malaysia seperti Hael Husaini dan Ara Johari, selain dua bintang dari Sabah yang kini bersinar di pentas nasional, Adira Suhaimi dan Marygrace.

Adira yang memiliki vokal lantang dan penuh emosi bakal menjadi taruhan utama, manakala Mary Grace, bintang muda yang semakin menyerlah dijangka memukau penonton dengan persembahan penuh tenaga.

“Kami mahu menjadikan Sabah sebagai destinasi hiburan serantau yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga merangsang sektor pelancongan dan memperkenalkan artis tempatan ke peringkat lebih tinggi,” kata Datuk Suhaila Semaru, penerbit konsert merangkap wakil penganjur.

Pentas Muzik & Emosi dalam Satu Festival

Konsert ini turut membawa dimensi baharu dengan susun atur tempat duduk yang diberi nama bertemakan cinta, menjadikan keseluruhan pengalaman penonton lebih imersif dan bermakna.

Harga tiket adalah bermula RM158 sehingga RM988 dan sudah mula dijual bermula 9 Mei 2025 di laman web rasmi www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 31 Dec 2023
Hiburan Tue, 13 May 2025

Karya Glenn Fredly ‘Hidup’ Kembali di Zepp KL Julai Ini Menerusi Konsert Holografik Pertama di Malaysia

Karya legenda muzik Indonesia, Glenn Fredly bakal ‘dihidupkan’ semula menerusi teknologi hologram dalam konsert istimewa Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini […]

Trending Sun, 5 May 2019

Syed Saddiq Berang Ada Akaun Facebook Palsu

YB Syed Saddiq telah tampil membuat laporan polis berikutan kewujudan akuan palsu yang menggunakan nama dan gambarnya di laman sosial Facebook.

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Merayu Angan mengadun emosi cinta menerusi gabungan rap dan jiwang leleh.

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Featured Sat, 30 Oct 2021
Hiburan Wed, 11 Apr 2018
error: Content is protected !!