Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 29, 2020 @ 5:00pm

Asal bersolat rasa nak buang angin, penyakit atau usikan syaitan? Ini pencerahannya!

Pernahkan anda mengalami situasi seperti ini, setiap kali selepas mengambil wuduk atau baru hendak memulakan solat, rasa ingin terkentut atau membuang angin?

Menambahkan lagi kemusykilan, perasaan itu datang pada saat ingin menunaikan sembahyang. Sedangkan pada waktu-waktu lain tidak pula diganggu ‘angin’ ini.

Foto: Tudung Aleena

Terdapat beberapa perkaitan mengenai hal ini, membabitkan sudut pandang agama, kesihatan dan juga amalan doa.

1. Pandangan agama

Penceramah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus, dalam kuliah ceramahnya menjelaskan, perasaan ingin membuang angin setiap kali ingin mendirikan solat adalah permainan syaitan yang cuba mengganggu tumpuan seseorang dan akhirnya terbatal.

Tonton video penjelasan Ustaz Azhar Idrus di bawah

Sumber: YouTube

Perasan atau tidak, walaupun kita terasa seperti hendak membuang angin, tetapi bila ditahan dan tarik nafas serta beristighfar, rasa itu akan hilang. Pokoknya kita harus bijak mengawal psikologi.

2. Gaya pemakanan yang salah

Huraian dari segi perubatan tradisional pula menerangkan, keadaan badan seseorang yang dibebani banyak angin berpunca daripada masalah tidak lawas, makan terlalu banyak dan beberapa hal lain, antara punca utama kesulitan untuk menunaikan bersolat.

Menurut seorang pengamal perubatan tradisional juga pemilik pusat Urut Warisan Putrajaya, Ayue Ismail, angin menurut istilah tradisional adalah sejenis toksin di dalam badan.

Terdapat dua kategori jenis angin sama ada berbentuk molekul gas ataupun gas bercampur cecair yang kadangkala boleh menyebabkan bengkak atau sembap kepada bahagian badan seseorang.

Masalah angin yang dibiarkan akan menyebabkan ketulan angin yang terlalu lama berkumpul berubah menjadi sista (cyst). Ia membentuk ketulan keras seperti batu-batu kecil dan apabila disentuh, sukar dipecahkan.

Biasanya angin ini gemar berkumpul pada bahagian sendi badan yang bukan sahaja membuat seseorang itu berasa tidak selesa, tetapi juga mengganggu urusan beribadat.

Makanan segera tidak baik untuk kesihatan badan. Foto: Hello Doktor

Justeru itu, penting menjaga waktu makan agar tidak masuk angin. Waktu makan yang teratur amat penting sekali kerana inilah penyebab utama menghindar angin dalam badan.

Sekali pun tidak berasa lapar, jangan sesekali membiarkan perut kosong. Selain itu, penting mengambil makanan yang sihat dan elakkan makanan yang menghasilkan banyak angin.

3. Doa untuk elak atau rasa nak buang angin ketika sembahyang

Amalan menahan kentut sememangnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan individu, antaranya menambahkan lagi sembelit, menyebabkan kentut berbau lebih busuk, perut kembung, sakit badan dan yang paling teruk, menjadi buasir.

Bagaimanapun ada ketika, menahan rasa ingin membuang angin adalah perlu, contohnya seperti mengerjakan solat tarawih atau ibadah umrah dan haji yang mana memerlukan kita sentiasa berada dalam keadaan berwuduk, di samping sukar mencari tandas untuk mengambil semula wuduk.

Seorang pengguna di Facebook, Faridah Ibrahim berkongsi amalan doa mujarab yang selalu diamalkan oleh beliau sekeluarga.

Ini doanya:

‎بسم الله الر حمن الر حيم
‎ أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّ ذِيْ حَسَدٍ
‎وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ

Yang membawa maksud:

“Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.”

Doa yang dikenali sebagai doa Saiditina Siti Fatimah RA itu, dipelajari daripada pakar rujuk Tabung Haji, Ustazah Kalthom Datuk Hisham ketika Faridah mengikuti kursus Haji pada 2004.

Doa ini diamalkan sebagai ikhtiar menahan diri daripada rasa mahu membuang angin, hadas kecil atau besar.

Cara mengamalkan:

a. Dibaca setelah mengambil wuduk dan bersiap-siap hendak ke masjid.

b. Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan pada perut (pada bahagian ari-ari).

c. Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang tiga kali (doa dan sapu).

d. Letak sebelah tapak tangan pada punggung (tulang sulbi/tongkeng) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.

Mohon doa: “Ya Allah, mudah-mudahan wudukku tidak batal sehingga selesai solat/ibadah.”

Selesai menunaikan ibadah jika berhajat untuk ’membuang’, dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.

Selamat beramal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Oct 2021

Akui Menyesal Jadi Transgender, Lucinta Luna Mahu Kembali Ke Fitrah Asal – Tapi, Rupa-Rupanya….

Baru baru ini, pendedahan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna yang mengakui kesal bergelar transgender mengejutkan ramai pihak. Dalam satu temubual video bersama pelakon Indonesia Boy William, Lucinta tampil dengan penampilan terbaru sebagai seorang lelaki sekaligus mendedahkan […]

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Tue, 8 Jan 2019

Patung Barbie BTS bakal dilancarkan, wajah anggota yang mana satukah pilihan anda?

Patung Barbie BTS akan digayakan dengan kostum mini yang dipakai di dalam muzik video Idol.

Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

Featured Sun, 2 Sep 2018

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Mencerminkan kejayaan Neelofa, Lofarbag dihadirkan dalam tiga karakter utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

Featured Mon, 16 Mar 2020
error: Content is protected !!