Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 30, 2026 @ 12:13pm

Malaysia Raih Ranking Ke-3 Dunia Tontonan Filem The Voice of Hind Rajab, Tewaskan Sepanyol & Belgium

Filem kemanusiaan, The Voice of Hind Rajab terus mencipta kejayaan apabila Malaysia muncul sebagai negara ketiga tertinggi di dunia dari segi jumlah tontonan di belakang Perancis dan Itali.

Lebih membanggakan, filem ini berjaya merekodkan lebih 60,000 jualan tiket selepas 21 hari tayangan, sekali gus mengatasi beberapa negara Eropah lain seperti Belgium dan Sepanyol.

Kejayaan ini sekali gus  dilihat sebagai bukti sokongan padu rakyat Malaysia menerusi Gerakan Suara Malaysia terhadap karya yang mengetengahkan nilai empati, kemanusiaan dan solidariti sejagat.

Ditayangkan di 47 lokasi pawagam di seluruh negara, naskhah ini turut menunjukkan peningkatan jumlah penonton yang konsisten setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN:Yusof Haslam Sifatkan Filem ‘The Voice Of Hind Rajab’ Bukti Kekejaman Tanpa Batasan 

ARTIKEL BERKAITAN:“Malaysia Disasar Lima Negara Teratas Kutipan The Voice of Hind Rajab, Buka Laluan Ke Oscar” – ZRA

ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Sekadar Filem, Ini Suara Kebenaran” – Hazwani Helmi Seru Sokong The Voice of Hind Rajab

Justeru, sambutan positif ini dijangka terus berkembang seiring pertambahan kesedaran awam serta sokongan masyarakat terhadap karya yang menyentuh realiti kemanusiaan global.

The Voice of Hind Rajab diterbitkan oleh Mime Films dan Tanit Films, dengan Primeworks Studios bertindak sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh pengarah tersohor dari Tunisia, Kaouther Ben Hania yang terkenal dengan sentuhan penceritaan berani dan berjiwa.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon antarabangsa termasuk Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury yang berjaya menghidupkan kisah ini dengan persembahan penuh emosi dan kejujuran.

The Voice of Hind Rajab bukan sekadar sebuah filem tetapi satu bukti, satu rakaman sejarah dan satu suara yang kekal abadi. Diangkat daripada kisah benar yang menyentuh jiwa, filem ini mengajak penonton untuk merenung makna kemanusiaan, kehilangan dan harapan dalam situasi paling getir.

Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima turut menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, menjadikan setiap tontonan satu bentuk sokongan nyata.

ARTIKEL BERKAITAN:Suara Yang Tidak Sempat Diselamatkan: Mengapa ‘The Voice of Hind Rajab’ Menggoncang Dunia Perfileman

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Jangan Tinggalkan Saya”- Rayuan Kanak-Kanak G*za Bergema, Teaser Filem ‘The Voice of Hind Rajab’ Buat Ramai Terkedu

ARTIKEL BERKAITAN:Bukan Sekadar Filem, The Voice of Hind Rajab Cetus Gelombang Kemanusiaan.. Raih 39,000 Tontonan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Kali Ini Yuna Pula Mengalami Gangguan Seksual

Selebriti tidak terlepas menjadi salah seorang dari mangsa gangguan seksual di laman sosial media dan telah berlarutan lebih dari 6 bulan .

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob

Fazley ada memuat naik kenyataan mengenai isu rumah tangga, khususnya berkaitan pembahagian tanggungjawab antara suami dan isteri.

Featured Wed, 22 Apr 2026

“Dekat Perut Ada Kesan Tapak Kasut & Kesan Tumbukan” – Ako Mustapha Berang Anak Jadi Mangsa B*li 5 Pelajar Sekolah 

Ako Mustapha berang apabila anaknya, Mikael Iskandar, 10, didakwa dibuli oleh lima orang pelajar sekolah.

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Fans Demand YG Entertainment To #StopBlamingHanbin For iKON’s Delayed Comeback

iKONIC has had enough with YG Entertainment making excuses for iKON’s indefinite schedule.

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Umie Aida Bagi ‘Green Light’ Suami Kahwin Lagi Satu?

Terkejut beruk abg.. dia ckp me merepek! Me ckp me tahu me bukan isteri yg sempurna. Hmm.. entahlah.. kenapa & mengapa me bole ckp begitu. Tapi YES.. me izinkan…

Featured Tue, 29 Apr 2025
Trending Tue, 10 Jul 2018

Ombak Awan, Momen Aneh & Luar Biasa Kini Melanda Sabah

Ombak awan yang berlaku dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Selebriti Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

5 SEBAB KENAPA ANDA PATUT BELI BELAH DI SEMUA RANGKAIAN CJ WOW SHOP

Annyeonghaseyo! CJ WOW SHOP pastinya menjadikan hidup anda lebih wow dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti disamping menikmati nilai ganjaran hebat khususnya pengguna di Malaysia

error: Content is protected !!