Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 10, 2026 @ 2:36pm

“Bukan Sekadar Filem, Ini Suara Kebenaran” – Hazwani Helmi Seru Sokong The Voice of Hind Rajab

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, menggesa orang ramai agar tidak memandang ringan mesej yang dibawa filem The Voice of Hind Rajab, sebaliknya perlu tampil memberi sokongan kerana ia sarat dengan nilai kemanusiaan dan kesedaran jiwa.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Hazwani menekankan tiga sebab utama mengapa filem itu wajar ditonton di pawagam salah satunya adalah untuk sama-sama memberi sumbangan kepada rakyat Gaza.

“Kalau anda tonton di pawagam, setiap RM1 daripada pembelian tiket akan disalurkan ke Tabung Media Prima Palestin. Itu antara sebab utama kenapa sokongan anda sangat bermakna,” katanya.

Menurut Hazwani, The Voice of Hind Rajab bukan sekadar karya seni, sebaliknya satu seruan agar masyarakat terus menggunakan suara mereka untuk menyampaikan kebenaran dan tidak membiarkan kisah penderitaan dilupakan.

“Ini bukan sekadar filem. Suara Hind Rajab ini akan terus berlegar di fikiran kita. Sebab itu kita kena gunakan suara kita untuk bercakap tentang mereka dan menceritakan kekejaman tentera zionis,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hazwani berharap sokongan terhadap filem berunsurkan perjuangan mampu membuka mata industri seni tempatan untuk menghasilkan lebih banyak karya yang mendidik dan membina jiwa masyarakat.

“Mungkin dengan asbab sokongan anda, akan berlaku satu kebangkitan dalam industri seni Malaysia, di mana lebih banyak filem dan drama yang mendidik jiwa dapat dihasilkan,” katanya.

Mengulas dari sudut psikologi, Hazwani berkongsi pengalamannya menyertai misi kemanusiaanpengalamannya menyertai misi kemanusiaan di Turki dan melihat sendiri bagaimana sokongan kerajaan terhadap karya sejarah dan perjuangan memberi kesan besar terhadap pembentukan pemikiran rakyat, khususnya kanak-kanak.

“Mereka membesar dengan cerita perjuangan, jadi pemikiran mereka lebih kritis dan ada semangat juang. Apa yang kita tonton dan dengar sejak kecil akan membentuk siapa kita pada masa depan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hazwani menyeru orang ramai agar tampil memberi sokongan dan menyebarkan mesej kebenaran melalui karya seni seperti The Voice of Hind Rajab.

“Apa yang kita lihat dan dengar akan menentukan corak pemikiran dan tindakan kita setiap hari. Jadi, tolong beri sokongan, sebarkan filem ini dan gunakan suara kita untuk menyebarkan kebenaran,” katanya.

@hazwanihelmi_

Siapa dah tonton filem Hind Rajab? Honestly, siapa nak tgk please standby tissue byk-byk.

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ini Rahsia Dato Siti Nurhaliza Susut Berat Badan!

Beliau juga gembira kerana berat badannya semakin berkurang selepas melahirkan anaknya.

Featured Mon, 16 Aug 2021

“Tak Ada Job Sangat Ke?”- Johan As’ari Dikritik Gara-Gara Beri Kata Semangat Kepada Muhyiddin Yassin

Pelakon, Johan As’ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikritik gara-gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi laman Instagram, Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perdana Menteri. “Kita sebagai […]

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Sun, 7 Jul 2019

K-Clique Cipta Kelainan Dengan ‘Mimpi’

K-Clique yang dianggotai lapan anak muda berasal daripada Kota Kinabalu pastinya mencipta kelainan dan mampu memenuhi citarasa pendengar Hip Hop tempatan.

Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Khas Biduan Negara Sempena Anugerah Seni Negara 2024

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, penerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

error: Content is protected !!