Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2024 @ 4:27pm

“Masing-Masing Berebut Nak Save Contact ‘Fav Child’ Dekat Telefon” – Watie Hanifiah Terharu, Sayang Anak-Anak Tiri Sama Rata

Isteri usahawan dan pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa terharu apabila anak tirinya iaitu Uwais dan Talita masing-masing berebut untuk menukar nama kenalan (contact name) di telefonnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Watie memuat naik tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama Talita yang meluahkan rasa rindu terhadap ibunya apabila dia dan Shuib berada di luar kawasan.

Dalam muat naik itu juga, Watie terhibur apabila anak perempuannya itu menukar kenalan di telefonnya daripada ‘Talita Sayang’ kepada ‘Talita My 1st Fav Child’ secara senyap tanpa pengetahuannya.

Kata Watie lagi, dia menyayangi anak-anak Shuib dan allahyarham penyanyi Siti Sarah itu sepenuh hatinya tanpa membandingkan mereka.

Watie Hanifiah

“Sebenarnya mummy letak nama Talita sayang.. Eh tahu-tahu dia tukar sendiri nama dia. Dia tukar terus jadi ‘1st fav child’ sebab dia nampak nama abang dia ‘Uwais my favorite child’.

“Padahal Mummy letak Uwais sayang. Masing-masing ambil handphone mummy tukar nama sendiri. Betapa sweetnya kan mereka ini. Suka buat mummy rasa bangga dengan daddy sebab masing-masing nak jadi anak fav mummy.

“Tapi Matin juga relax, hahaha mungkin sebab dia memang confident yang dia fav mummy. Tapi sebenarnya semua mummy sayang sama rata sebab semua sayang mummy,” tulisnya.

Watie Hanifiah

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

Artikel Berkaitan: Pernah Dicerca ‘Fati Bawang’, Disamakan Macam B*bi… Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Buat Pembedahan Hidung – “Kos Keseluruhan Secara Purata RM30,000”

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Mohon Maaf, Tiada Niat Persenda Kaum Orang Asli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Selalu Pesan Pada Anak Untuk Tak Kurang Ajar Dengan Orang Dewasa, Terharu & Syukur Talita ‘Backup’ Bila Dikecam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Dia Terus Hilang Begitu Saja” – Konflik Dengan Ruhainies, Chacha Maembong Kekal Profesional

Ruhainies terus menghilang selepas konflik bersama Chacha Maembong

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Fasha Sandha Terima Lamaran Kahwin?

Alahai, cuba nasib ya dik? Semalam, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi kisah lamaran seorang pemuda di laman Instastory.

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

“Sampai sekarang saya tak boleh brain, pihak belah sana tak menghormati keputusan mahkamah”- Datuk A. Aida

Hiburan Thu, 6 Mar 2025

Polis Rampas 6 Jenis Ubat Dari Kediaman Ridzokumura Untuk Siasatan Kematian Akiko

Menurut Ketua Polis Selangor, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan terus dijalankan.

error: Content is protected !!