Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2024 @ 7:47pm

Pernah Dicerca ‘Fati Bawang’, Disamakan Macam B*bi… Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Buat Pembedahan Hidung – “Kos Keseluruhan Secara Purata RM30,000”

Isteri kepada pelawak popular Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan pembedahan hidung sebanyak enam kali gara-gara menerima ejekan hidung seperti bawang.

Menurut pemilik nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah di Dol’s Podcast, dia pernah dibuli sehingga digelar sebagai ‘Fati Bawang’ kerana tidak memiliki batang hidung dan lebih teruk, bentuk hidungnya disamakan seperti hidung khinzir.

“Sebenarnya, hidung saya ini palsu. Dulu hidung saya memang penyek. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Lebih teruk, ketika pergi sekolah, rakan-rakan buli dan ejek hidung macam bawang.

“Ketika itu saya berkulit gelap, jadi keadaan lebih teruk. Balik sekolah selalu menangis sebab kena buli dan ia berlarutan sehingga ke sekolah menengah, malah saya lebih teruk kena ejek,” kata Watie.

Turut mempunyai masalah sinus yang teruk, Watie nekad untuk melakukan pembedahan hidung selepas tamatnya persekolahan.

“Saya tak tahan kena ejek dan sampai satu tahap, saya berazam bila habis sekolah nanti saya nak kerja untuk kumpul duit. Apabila dah ada duit, saya memang nak buat hidung kerana bentuknya serta kerana resdung yang kronik.

“Saya memang ada sinus yang teruk. Hidung saya sentiasa tersumbat. Sampai tahap apabila pergi melancong kalau lebih daripada tiga jam, saya rasa gigi macam nak tercabut kerana resdung yang sangat teruk.

“Saya pernah buat hidung di Hatyai, Bangkok dan Korea. Kos secara purata, sekali pembedahan mencecah kos RM5,000. Jadi, keseluruhan untuk enam kali pembedahan cecah RM30,000. Itu belum masuk lagi kos perbelanjaan ke luar negara dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Watie turut mendedahkan dia dipanggil dengan nama Fati Limau dan Fati Pisang kerana pekerjaan bapanya.

“Mengenai panggilan Fati Limau dan Fati Pisang pula, bapa saya merupakan bekas tentera yang mengusahakan kebun pisang dan limau. Jadi, ketika kecil, waktu saya dan adik beradik masih bersekolah, kami mengikut ayah untuk menjual pisang dan limau di kedai-kedai sekitar rumah,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 15 Feb 2020
Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Tercalon dalam kategori Ekstra! Seller Terpaling Popular ABPBH 37 bersama Ammar Ahyan, Datuk Seri Aliff Syukri merasakan dirinya sekadar tumpang populariti anak.

Hiburan Fri, 21 Feb 2025
Hiburan Fri, 18 May 2018

Big Bang’s Seungri is on Tinder?!

The app is kinda notorious for the wrong things man.

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Takaaki Terry Bakal Saingi Bakat Faizal Tahir?

Dengan bakat menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Hiburan Fri, 15 Nov 2024

Dakwaan Tak Bayar Gaji & Perkeso Fitnah Semata, AC Mizal Ambil Tindakan Undang-Undang!

AC Mizal ambil tindakan undang undang, dakwa tak bayar gaji pekerja satu fitnah

error: Content is protected !!