Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 23, 2024 @ 11:47am

[VIDEO] Watie Hanifiah Selalu Pesan Pada Anak Untuk Tak Kurang Ajar Dengan Orang Dewasa, Terharu & Syukur Talita ‘Backup’ Bila Dikecam

Isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur apabila anak-anak tirinya melindungi dirinya daripada dikecam.

Namun begitu, jelas Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dia akan segera memberi nasihat kepada anak-anak untuk tidak membuat perkara sedemikian lagi.

“Sebenarnya, bila saya di luar, ada je yang berlaku depan mata orang jeling. Tapi anak-anak jenis perhati, mereka selalu nampak sebab saya rabun.

“Nanti dia akan kata mummy tengok orang tu buat apa, dan dia akan jeling balik.

“Saya bersyukur anak lindungi kita, tapi setiap kali perkara tu berlaku saya akan menasihati anak-anak untuk tak buat lagi.

“Macam masa itu Talita backup saya, habis siaran langsung saya kata kat dia jangan buat macam tu lagi.

“Sebab semestinya hal macam tu tak bagus sangat untuk kanak-kanak. Saya ajar juga dia untuk tak ambil tahu, baca boleh tapi jangan bagi reaksi.

“Takut nanti dia sampai ke besar mengecam orang balik. Biarlah anak-anak berkelakuan seperti saya. Tak ambil pusing walau apapun orang kata,” katanya.

Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Zumba With Nora Danish and Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Sementara itu, meskipun sudah lali dikecam bagaimanapun ada segelintir isu atau tuduhan yang Watie terpaksa bersuara demi menjaga maruah diri dan keluarga.

“Saya tak kisah orang nak kata apa, semua orang boleh bersuara. Kalau sentuh atau bandingkan saya dengan arwah Siti Sarah, saya okay.

“Tapi sekiranya berkaitan duit saya akan triggered. Macam isu saya ditipu skim pelaburan, ada yang dakwa isu scam tu palsu dan anggap saya hanya nak ambil duit Shuib.

“Padahal itu semua adalah duit saya sendiri. Saya kena pertahankan diri, terutamanya kalau ada yang merasakan saya mempergunakan atau mengambil kesempatan Shuib.

“Saya hanya minta restu suami,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular video anak perempuan Shuib, iaitu Talita mempertahankan Watie yang dikritik ramai dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Jangan Derhaka Cakap Suami” – Lesap RM100,000, Watie Hanifiah Ralat Tak Dengar Nasihat Shuib

Artikel Berkaitan: Akui Mudah Terpengaruh Dengan Keuntungan Besar, Watie Hanifiah Jadi Mangsa ‘Scammer’ Pelaburan… Lesap RM100,000!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah Uwais Alqarni Sukar Bagi Restu Kahwin Dengan Shuib – “Mindset Dia Takut Saya Jadi Mak Tiri Jahat”

Artikel Berkaitan: Manis Bersuap Dengan Shuib, Wajah Talita ‘Mood Swing’ Bawah Panas Terik Jadi Perbualan Netizen… Watie Hanifiah Tampil Bersuara

Artikel Berkaitan: “Masa Dah Tak Ada Ibu, Semua Benda Boleh…” – Anak-Anak Shuib Kongsi Persamaan Watie Dengan Arwah Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

Hiburan Wed, 8 May 2019

Buka Baju Bukan Isu Besar, Hafidz Roshdi Masih Tahu Batas

Setiap gambar yang dimuat naik, saya akan tutup bahagian pusat.

Trending Sat, 23 Jun 2018

自闭症少年字体超端正 网友惊叹:根本像列印出来

中国一名16岁少年林文彬「握着笔的手,在纸上一笔一画地写字」,就这样只是拍摄他写字非常端正公整的视频,吸引了730万人狂赞。

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

DFKL工作坊圆满落幕 吴俐璇自嘲拍《假面2》老了

第5届吉隆坡电视剧节(DFKL)工作坊于上周末圆满落幕,该活动成功吸引了近千位热爱演艺的朋友参与;其中电视剧《假面2》演员也到场进行见面会,全程以马来语互动,其中吴俐璇更自嘲演《假面2》年纪大。

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Akui Ramai Cuba Dekati, Ira Kazar Mahu Cari Pasangan Bijak Tangani Konflik – “Bukan Orang Dalam Industri, Tapi Ada Status”

Ira menegaskan dia tidak serik untuk kembali berumah tangga, sebaliknya pengalaman lalu menjadi pengajaran untuknya lebih berhati-hati.

error: Content is protected !!