Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 21, 2024 @ 2:49pm

[VIDEO] “Jangan Derhaka Cakap Suami” – Lesap RM100,000, Watie Hanifiah Ralat Tak Dengar Nasihat Shuib

Isteri pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui serik untuk terlibat dalam skim pelaburan gara-gara ditipu sehingga mengalami kerugian berjumlah lebih RM100,000 baru-baru ini.

Menurut Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata dia reda atas ujian tersebut yang dianggap kifarah kerana tidak mendengar nasihat suami tersayang.

Shuib pada awalnya tidak merestui Watie untuk menyertai skim pelaburan ini namun setelah dipujuk dia membenarkan namun meletakkan beberapa syarat.

“Nama skim pelaburan tu ‘kutu beli’. Ada banyak slot tapi saya masuk satu slot RM20,000 sebanyak lima kali. Jadi jumlahnya adalah RM100,000 dan saya kira-kira hujung bulan 29 Januari akan dapat pulangan wang RM200,000.

“Semua duit pelaburan menggunakan pendapatan saya sendiri. Apapun, saya reda sebab pada saya duit tu boleh dicari.

“Mungkin juga sebab saya degil dan derhaka tak dengar cakap suami. Satu, Shuib memang tak bagi saya masuk, tapi saya pujuk dia cakap nak sertai sekali saja dan saya buat juga.

“Kedua, dia pesan jangan ajak orang tapi saya terajak orang. Saya rasa perkara tu ralat sebab penghujungnya Allah jadikan (scam) sebab tak dengar cakap suami,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Watie berkata dia tidak mengambil tindakan polis terhadap individu berkenaan kerana mempercayai duit adalah sumber rezeki yang boleh dicari semula.

“Sebelum saya bergerak ke China, hari yang sama Instagram saya hilang saya dapat tahu dia dah lari ke luar negara. Tapi saya pun kesian dengan dia sebab dia juga ditipu orang atasan.

“Memang bukan rezeki saya, biarlah Allah tarik rezeki ni.. kalau Allah tarik suami dan anak-anak lagi menyedihkan.

“Saya tak nangis sebab sebelum saya sertai, saya dah tahu apa risikonya yang perlu diambil. Saya reda, Yang penting jangan kena marah dengan suami, saya tak boleh.

“Nasihat saya, dengar cakap suami,” katanya.

@xtra_my

Apapun, Watie dah serik dan belajar banyak perkara daripada insiden ini 🥰 #fyp #xtramy #watiehanifiah #scam #duit #100k #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis Zumba With Nora Danish and Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Sebelum ini, Watie mendedahkan dirinya kerugian selepas terbabi isu scammer pelaburan berjumlah RM100,000.

Artikel Berkaitan: Akui Mudah Terpengaruh Dengan Keuntungan Besar, Watie Hanifiah Jadi Mangsa ‘Scammer’ Pelaburan… Lesap RM100,000!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah Uwais Alqarni Sukar Bagi Restu Kahwin Dengan Shuib – “Mindset Dia Takut Saya Jadi Mak Tiri Jahat”

Artikel Berkaitan: Manis Bersuap Dengan Shuib, Wajah Talita ‘Mood Swing’ Bawah Panas Terik Jadi Perbualan Netizen… Watie Hanifiah Tampil Bersuara

Artikel Berkaitan: “Masa Dah Tak Ada Ibu, Semua Benda Boleh…” – Anak-Anak Shuib Kongsi Persamaan Watie Dengan Arwah Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 15 Feb 2025

Konsert Finale CSOIAM Catat 4.5 Juta Tontonan, Kekal Trending Nombor Satu Setiap Minggu

CSOIAM rancangan nombor satu dengan capaian media sosial mencecah 2 bilion.

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Trending Tue, 17 Nov 2020

Saringan Percuma, Suntikan Tifoid Buat Semua Penghantar Makanan

Bagus untuk keselamatan rakyat dan mereka yang bekerja

Trending Tue, 27 Jun 2023
Trending Tue, 24 Sep 2019

Pertandingan Cari Kentut Paling Merdu

hanya di India sahaja ye, apa kata kalau anjurkan di Malaysia mesti ramai yang nak sertai

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”

Risteena menjelaskan kapsyen yang dimuat naik suaminya dalam video tular sebelum ini hanyalah petikan lirik lagu

error: Content is protected !!