Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 16, 2024 @ 1:23pm

[VIDEO] Watie Hanifiah Dedah Uwais Alqarni Sukar Bagi Restu Kahwin Dengan Shuib – “Mindset Dia Takut Saya Jadi Mak Tiri Jahat”

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan momen-momen awal mereka ketika menyatakan hasrat dan ingin mendapat restu perkahwinan daripada anak-anak.

Jelas Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, dia hanya akan berkahwin bersama Shuib sekiranya mendapat persetujuan dari anak-anak.

“Masa mula-mula kenal, saya beritahu dia selagi anak-anak tak bagi kita kahwin saya tak akan kahwin dengan dia. Sebab anak-anak itu penting, saya bukan hidup berdua sahaja dengan dia.

“Contohlah, kalau dia sahaja yang nak dekat saya tapi anak-anak tak.. saya tahu saya tak akan hidup bahagia sebab kami akan duduk satu rumah,” katanya.

Watie Hanifiah

Dalam pada itu, Watie mendedahkan anak sulung Shuib, Uwais Alqarni sukar memberi restu kerana bimbang sikap Watie akan berubah selepas berkahwin dengan bapanya.

“Ayah dia dah nampak dia sayang dan suka saya, tapi bila ayah dia tanya dia kata, ‘tak boleh lagi, nanti dulu belum masanya’

“Talita, Mateen okay dan bagi kebenaran tapi Uwais masih tak boleh. Uwais ni ada ketakutan, mungkin persekitaran dia.

“Atau pun dia tengok drama.. mindset dia bila dah kahwin saya nanti akan jadi mak tiri yang jahat,” tuturnya lagi.

@ayu_kekasih..themelvin

Replying to @mommydila157 done. #fyp #watiehanifiah #watieshuib #shuibwatie #shuibsepahtu #fypシ #shuib

♬ original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor – Kekasih Rahayu Agent Selangor

Namun begitu, usaha dan keikhlasan Watie menyayangi serta menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang berjaya menambat hati mereka, bahkan hubungan yang terjalin kini semakin akrab.

“Masa hari perkahwinan dia cakap, ‘aunty nanti kalau dah kahwin jangan berlagak pula dekat atas pelamin tu’

“Sebab mindset dia bila saya dah kahwin dengan ayah dia, saya takkan baik dengan dia.

“Bila sudah berkahwin, saya tunjukkan kepada mereka yang mindset macam tu sebenarnya salah,” akhirnya.

Watie Hanifiah

Sekadar info, Shuib dan Watie berkahwin pada 23 Jun 2023.

Manakala, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Pakaian Terakhir Arwah Siti Sarah, Watie Hanifiah Dedah Shuib Pernah Marah Pembantu Rumah Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: Dituduh Dah Lama ‘Bercinta’ Dengan Shuib, Watie Hanifiah Tunjuk Bukti – “Tanggung La Siapa Yang Fitnah Tu”

Artikel Berkaitan: Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

Artikel Berkaitan: Akui Mudah Terpengaruh Dengan Keuntungan Besar, Watie Hanifiah Jadi Mangsa ‘Scammer’ Pelaburan… Lesap RM100,000!

Artikel Berkaitan: Manis Bersuap Dengan Shuib, Wajah Talita ‘Mood Swing’ Bawah Panas Terik Jadi Perbualan Netizen… Watie Hanifiah Tampil Bersuara

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Jumpa Ibu Shuib, Watie Hanifiah Imbau Momen Siang Ikan Sampai Termencarut – “Syukur Selamat Diterima Sebagai Menantu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Dec 2022

“Ada Skrip Yang Sama Rupanya” – Gelagat Anak Nak Pukul Mama, Eyra Hazali Keluarkan Ayat ‘Mak-Mak’!

Gelagat si cilik, Hayder Qhalish iaitu anak kepada Eyra Hazali dan suami Haziq Nadzli sekali lagi meraih perhatian wargamaya, baru-baru ini. @onlytira._ Hayder nak pukul mama herm | part 2 [#familyhaziqnadzli #fypシ #virall #xyzcba ♬ […]

Featured Wed, 5 Mar 2025

Content 30 Hari 30 Sunah Imran Aqil Dipuji, Netizen Komen: “Best! Influencer Patut Contohi Content Macam Ni”

Kata Imran, walaupun dia bukanlah seorang ustaz, namun dia telah melakukan beberapa penyelidikan terhadap perkongsian sunah tersebut.

Hiburan Tue, 20 Aug 2024

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Intan Najuwa Buat ‘Gender Reveal’!

Wahhhh, congrats Intan & husband! Tak sabar nak tengok babyyy! Happy Anniversary 🥰😘

Hiburan Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Featured Tue, 16 Aug 2022

Cukup Sekadar Simbolik! Alif Satar Enggan Lakonkan Adegan Intim – “Saya Nak Pegang Tangan Pun…”

Bukan mahu ‘berlagak alim’ tapi Alif Satar mahu menghormati status sebagai suami dan bapa 😊

error: Content is protected !!