Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 1, 2023 @ 3:38am

Kali Terakhir Muncul Dengan Single Pada 2017, Cherpen Band Kini Tampil Dengan Lepaskan

Selepas lama tidak muncul dengan karya terbaharu, Cherpen Band kini melancarkan single berjudul Lepaskan hasil ciptaan sepenuhnya oleh anggota Cherpen Band sendiri.

Mewakili Cherpen Band, vokalisnya, Nemo berkata, single Lepaskan mengisahkan tentang percintaan yang tidak kesampaian.

“Pendek kata, lagu ini untuk orang yang nak ‘move on’ selepas putus cinta. Nak tak nak kita terpaksa terima hakikat. Dalam dunia dan kehidupan ini, pasti ramai yang pernah lalui situasi ini. Lagu ini sesuai untuk orang yang tengah ‘broken’ dan patah hati.

“Untuk genre muzik, masih sama lagi iaitu modern pop rock. Komposer lagu ini kami semua anggota Cherpen Band. Penulis lirik saja orang lain iaitu Shahir. Sebenarnya, rakaman lagu ini dibuat pada bulan Ogos tahun 2021. Tapi disebabkan pandemik dan masa itu masing-masing jauh jadi ditangguh dulu pelancarannya dan sekarang baru masa yang sesuai untuk kami buat kemunculan semula.

“Sebelum ini, semua tahu lagu-lagu Cherpen Band mendapat sentuhan daripada komposer ternama, Hang Nadim atau Akim Ahmad. Semua orang tahu dia punya karya memang padu. Tapi untuk lagu terbaru ini ianya merupakan 100 peratus ciptaan kami sendiri. Orang yang mengikuti kami dari dulu akan tahu perbezaan dan keunikan itu. Tapi untuk yang tak tahu, mereka kena dengar single terbaharu kami ini. Paling utama, Cherpen Band kini lebih matang dari segi susunan muzik,” katanya.

Menurut Nemo, mereka mengambil tempoh yang agak lama untuk menghasilkan single Lepaskan disebabkan kekangan waktu.

“Ambil masa lama itu sebab ada kekangan masa kerja waktu itu. Tapi taklah lama sangat. Kami ada juga keluarkan single yang berjudul Esok sebelum ini tapi masa itu orang kata macam kami bereksperimen sikit dengan genre muzik baru yang diketengahkan. Peminat belum boleh menerima genre muzik yang kami bawa ketika itu.

“Lagi satu kekangan terbesar adalah disebabkan kedatangan pandemik jadi terbantutlah semua kerja. Kami juga duduk jauh, ada di Johor dan ada di Kelantan. Itu yang buat kami susah sikit untuk bergerak laju. Tapi untuk kali ini, kami kembali kepada muzik Cherpen Band yang diterima ramai.

“Sebenarnya lagu Lepaskan ini dah lama kami peram. Alhamdulillah, sekarang ini masa yang sesuai untuk kami keluarkan single ini. Kami pun baru nak bernafas balik semula. Jadi, harap orang boleh terima lagu terbaru kami ini.

Sama seperti lagu-lagu terdahulu, single Lepaskan juga dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Hati Tanpa Rasa bersiaran di slot Samarinda TV3 yang menampilkan, Redza Rosli dan Scha Elinnea.

Menurut Nemo atau nama sebenarnya, Nasrulhaq Shahdan, Cherpen Band yang dianggotai oleh Muhammad Syahir Muhammad Johri (Syahir – Gitar), Nik Ahmad Shauqi Nik Iskandar Ariffin (Ekiey – Bass) dan Muhammad Hakimi Abdul Aziz (Kimie – Dram) melalui fasa dan perjalanan yang panjang dan mencabar untuk menjadi band yang dikenali ramai.

“Dari 2012 sampai sekarang ini, kami tidak melalui perjalanan yang mudah. Ada sahaja cabaran yang perlu diharungi. Alhamdulillah, sekali lagi single terbaru kami diambil sebagai OST sebuah drama yang sedikit sebanyak membantu kami atasi cabaran untuk menempatkan band kami dan lagu terbaru. Walau apapun, kami perlu sentiasa bekerja keras dan tak ambil mudah cabaran untuk dikenali ramai.

“Tipulah kalau kata tak nak orang kenal anggota-anggota Cherpen Band. Bagaimanapun, kami tahu bukan mudah untuk dikenali ramai. Sampai sekarang ini pun, kami masih lagi berusaha keras untuk menempatkan diri dalam gelanggang seni,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Happy Birthday Hael!

Selamat Hari Jadi Hael!

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Yura Yunita Terkejut Dapat Kongsi Pentas Dengan Idola

Korang dah dapatkan tiket untuk ke konsert Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena ke esok?

Featured Wed, 4 Jan 2023

“Jangan Cepat Catch Feelings” – Nasihat Azfar Heri Buka Mata Ramai Jadi Lebih Matang

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Azfar Heri sering memuat naik video menarik untuk tontonan warganet di YouTube. Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsiannya di TikTok apabila dia memberi sedikit nasihat dan motivasi kepada pengikut yang […]

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

“Syukurlah korang semua masih ada suami,” – Nora Ariffin

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin menasihatkan kaum isteri di luar sana untuk bermuhasabah diri dan tidak melihat kekurangan semata-mata…

Hiburan Thu, 26 Dec 2024
Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

error: Content is protected !!