Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari November 16, 2023 @ 8:15pm

“Saya Ni Dah Macam Pengemis Pula” – Tertunggak 4 Tahun, Aiman Tino Tuntut Hutang RM10,000 Pada Pihak Penganjur

Penyanyi Aiman Tino mendedahkan bahawa masih belum menerima baki bayaran kerja daripada pihak penganjur sejak empat tahun lalu.

Memetik laporan mStar, Aiman yang kesal dengan tindakan pihak penganjur itu turut memaklumkan bahawa individu terbabit tidak memberi kerjasama yang baik ketika dihubungi.

Pelantun lagu Permata Hati ini menyeru supaya individu itu menghubungi dan melangsaikan baki bayaran yang tertunggak sebanyak RM10,000 dengan segera.

“Saya ni dah macam pengemis pula asyik kutip hutang dekat orang kan dan adalah seorang hamba Allah ni sepasang suami isteri mereka berikan saya job di Sabah pada 4 tahun lalu.

“Kerja semua saya dah buat, tour satu negeri Sabah pun sudah tapi bayaran belum selesai dan ada lagi berbaki sebanyak sepuluh ribu macam tu.

“Bila saya hubungi tak jawab tapi isteri saya hubungi dia cakap sibuk dan kemudian terus hilang macam tu, saya nak balik duit saya tu dan kalau tidak tuntut dekat akhirat nanti,” luah Aiman kepada wartawan mStar.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Thu, 22 Aug 2024

“Allah Yang Akan Menentukan Segalanya, Saya Reda Sahaja” – Datuk Yusof Haslam

“Sebagai orang tua, sudah tentu kita ada terasa hati apabila anak jauh dari keluarga” – Datuk Yusof Haslam

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

[VIDEO] Gigih Jalani Rehearsal Menjelang Konsert Elite, Ramai Puji Suara Abby Abadi ‘Maintain’ Sedap

Kata Abby, dia dan Elite sempat bersama untuk dua album sahaja manakala dua lagi album lain sangat asing baginya.

Hiburan Thu, 16 May 2019

Sakit Buah Pinggang Bukan Penghalang Ebby Yus Berpuasa

Nanti bila dah sihat sepenuhnya, Ebby mahu kembali kembali ke lokasi penggambaran di luar pula. Semoga terus kuat ya!

Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Featured Sun, 6 Nov 2022
Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan […]

error: Content is protected !!