Euforia Bola 2026
Trending By: Aqilah Paharuzi February 13, 2024 @ 6:18pm

Manis Bersuap Dengan Shuib, Wajah Talita ‘Mood Swing’ Bawah Panas Terik Jadi Perbualan Netizen… Watie Hanifiah Tampil Bersuara

Isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah baru-baru ini berkongsi momen mesra mereka bersama dalam satu video di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Watie memuat naik video memaparkan dia sedang ‘picnic’ bersama suami tersayang dan anak-anak.

Dalam video tersebut juga, Watie sedang menyuap Shuib selepas usai bekerja.

Namun begitu, wajah puteri sulungnya, Talita menjadi perhatian netizen yang kelihatan seperti tidak selesa dalam keadaan tersebut.

Malah, menjengah ke ruangan komen ramai yang mendakwa Talita seakan tidak bahagia serta seperti sudah tak ada ‘mood’.

Insert ss komen

“Talita tu always mood swing tau.. Anak number dua sangat!,” kata netizen.

“Ye la cian tgk dia moody jerr mungkin teringat mummy (allahyarham Siti Sarah) dia gaknya,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Watie tampil membalas komen-komen negatif tersebut mempertahankan Talita.

Jelas Watie, Talita seorang anak yang tidak suka kepanasan serta menegaskan puterinya itu sering kali teringat terhadap allahyarham ibunya.

“Dia memang anak yang terpaling tak suka duduk bawah panas.. tapi demi daddy, dia gagahkan juga.

“Jangankan masa gini,sepanjang masa pun dia akan ingat ibu dia..Tak perlu tunggu waktu panas terik baru nak teringat ibu.

“Tapi saya rasa mak-mak semua pun tahu, tak kira mak kandung, kira mak tiri, memang akan ada anak yang tak suka duduk tengah panas, tapi sebab sayangkan bapa, sebab dia anak yang baik, walaupun dia tak suka dia tetap ikut..

“Takkan duduk tengah panas terik dia nak senyum ketawa berguling.. mesti lah ada time reaction muka tu muka rengsek,” bidasnya.

Watie Hanifiah

Watie Hanifiah
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang turut mempertahankan Talita, Shuib dan Watie di mana menurut mereka ada sahaja perkara mengenai perkara ini akan dijadikan satu masalah.

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Jumpa Ibu Shuib, Watie Hanifiah Imbau Momen Siang Ikan Sampai Termencarut – “Syukur Selamat Diterima Sebagai Menantu”

Artikel Berkaitan: “Masa Ke Airport Dah Mula Rasa Sedih, Air Mata Dah Menitik” – Watie Hanifiah Sedih Pertama Kali Berjauhan Dengan Suami

Artikel Berkaitan: Dituduh Mandul Gara-Gara Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri, Watie Hanifiah Tempelak Netizen ‘Mulut Puaka’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018
Selebriti Thu, 28 Dec 2023
Featured Sat, 13 Dec 2025

Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

Umai memberikan Anugerah Artis Baru Popular ABPBH37 didedikasikan kepada nenek dan juga ibunya, Siti Sairah.

Trending Wed, 26 Feb 2020

Satu Tragedi Atau Konspirasi? Novel Tahun 1981 Ini Ramal Coronavirus

Penyebaran Coronavirus dilihat semakin membimbangkan. Terbaru, dilaporkan COVID-19 melanda empat lagi negara Asia Barat iaitu Bahrain,Iraq, Kuwait dan Oman.  Dalam kebimbangan isu ini,  sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes Of Darkness yang diterbitkan pada tahun […]

Featured Sat, 4 Mar 2023

“Saya Dalam Fasa Bahagia” – Intan Najuwa Enggan Ulas Isu Tunang

take ur time Intan! Mogayang baik-baik saja.

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Tolonglah Cabar Saya” – Taufiq Hanafi Mahu Bawa Watak Berbeza

Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon aksi, Taufiq Hanafi, menginginkan satu cabaran untuk membuktikan kepada penonton bahawa dirinya juga merupakan seorang pelakon versatil. Memetik laporan mStar, Taufiq mahu membuang stereotaip yang […]

error: Content is protected !!