Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 20, 2024 @ 2:37pm

“Masa Ke Airport Dah Mula Rasa Sedih, Air Mata Dah Menitik” – Watie Hanifiah Sedih Pertama Kali Berjauhan Dengan Suami

Perkongsian isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie memuat naik sebuah foto dia dan suami di lapangan terbang ketika mahu berangkat ke luar negara baru-baru ini.

Watie meluahkan rasa sedih apabila keberangkatannya ke luar negara atas urusan kerja itu merupakan kali pertama dia berjauhan dengan Shuib sejak mendirikan rumah tangga.

“Masa ni Mummy baru nak fly, first time juga Mummy & Daddy berjauhan selepas kahwin.

“Hari yang Mummy nak fly, haritu juga lah IG Mummy kena suspended. Mula-mula memang tak ada nak nangis ke apa, cuma kat otak ni banyak fikir pasal kerja yang terpaksa ditangguhkan je.

“Tapi time on the way ke airport dah mula rasa sedih… dah mula nitik-nitik air mata. Tapi Daddy banyak bagi semangat. Sampai je kat airport time nak lepaskan Daddy tu air mata terus banjir dah,” kongsi Watie.

Dalam masa sama, Watie turut menyatakan dia juga pasrah apabila akaun IG terdahulunya berkemungkinan tidak akan dikembalikan.

“Sebenarnya Mummy dah sampai level pasrah dah. Kun Faya Kun.

“Kalau Allah kata ada rezeki Mummy maka adalah. Kalau tak ada, Mummy memang dah rasa malas dah nak buat IG baru.

“Mummy anggap mungkin Allah nak Mummy baga tumpuan sepenuh masa kat suami & anak-ana. No more social media. Tapi tu lah Mummy pula sejenis tak reti duduk diam,” tulisnya.

Terdahulu, Shuib memaklumkan akuan Instagram isterinya, Watie Hanifiah digantung secara tiba-tiba tanpa sebarang notis.

Untuk info, pasangan sama cantik sama pada ini sah bergelar suami isteri pada 23 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Sedih Akaun IG Kena Gantung, Shuib Minta Bantuan Ramai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

APA LAGI NI KAMAL ADLI?

Apabila diajukan soalan mengenai Zahirah McWilson dan isu Emma dikaitkan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk. Kamal enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

Alyph Puas Dengan Karya Solo

Sering muncul dengan karya kolaborasi, penyanyi rap Alyph mengakui mahu memberikan fokus terhadap karya solo. Alyph yang merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq ini muncul dengan EP solo berjudul III/III yang mengandungi tiga lagu iaitu Skali […]

Hiburan Thu, 29 Dec 2022

Lucu… Niat Nak Membantu Tapi Tersalah Skrip.. Pandainya Jebat Jayden Berlakon Jual Barang!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh usahawan Noor Nabila di laman Instagram memaparkan anak lelakinya, Jebat Jayden sedang membantunya berlakon untuk mempromosikan barang. Menerusi hantaran tersebut, Jebat yang melihat ibunya sedang menyapu cuba […]

Featured Sun, 28 May 2023
Events Wed, 5 Feb 2020
Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Trending Fri, 2 Oct 2020
Featured Fri, 17 May 2024
Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

error: Content is protected !!