Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 4, 2022 @ 6:12pm

Sakit Bahagian Kiri Perut, DJ Lin Dirawat Di Hospital

Penyampai radio ternama, DJ Lin kini dirawat di sebuah pusat perubatan selepas mengalami sakit di bahagian kiri perut, semalam.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, 47, dia ‘menyerah diri’ untuk mendapatkan rawatan kerana tidak dapat menanggung rasa sakit.

“Saya rasa sakit pada sebelah kiri perut. Badan pula rasa lemah sangat, sampaikan ada beberapa kali saya rasakan penglihatan saya gelap.

“Selepas selesai sebuah acara semalam, saya mengambil keputusan untuk terus bergegas ke hospital bagi pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.

“Kini, saya ditahan di wad dan bakal menjalani beberapa ujian termasuk ulstrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk mengenal pasti punca kesakitan. Doktor katakana mungkin saya akan ditahan di hospital sehingga Ahad,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Dalam pada itu, pemenang trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular BH ini juga memohon doa peminat agar dirinya segera sembuh.

“Doktor bimbang saya mengalami luka dalam perut. Saya berharap agar tiada sebarang masalah kesihatan yang besar dihadapi dan saya mahu segera sembuh.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutamanya peminat yang bertanya khabar dan mengambil berat. Doakan saya segera sembuh, Insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2024
Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Sat, 25 Oct 2025
Hiburan Wed, 14 Jan 2026

Isu Gangguan S*ksual Pelakon Kanak-Kanak: “SENIMAN Sedia Bantu, Mangsa Harus Buat Laporan Rasmi” – Hafiz Nafiah

Mewakili Persatuan SENIMAN, Hafiz Nafiah menggesa pelakon yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual buat laporan rasmi.

Hiburan Thu, 24 May 2018

Daesung’s Reason for Hospitalisation Revealed

No worries, guys. It wasn’t anything severe.

Events Sat, 6 Apr 2019

「巨肺」邓紫棋云顶开唱缺氧?出动氧气筒

不受与经纪公司合约纠纷影响,G.E.M.邓紫棋云顶开唱卖力演出,又唱又跳频飙高音!

error: Content is protected !!