Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 25, 2025 @ 12:10pm

“Yang Tahu, Tahulah” – Mahu Jaga Hati Ramai Pihak, Irma Hasmie Pilih Diam Isu Dakwaan Kahwin Semula

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 43, memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya sudah kembali bergelar isteri.

Menurut Irma atau nama penuhnya Irma Hasmie Ibrahim, keputusan untuk berdiam diri dibuat bukan kerana mahu berahsia, tetapi demi mengelak salah faham dan spekulasi berpanjangan.

“Yang tahu, tahulah. Benda macam ni bukan untuk diwar-warkan. Sekarang ni susah nak cakap apa pun. Silap sedikit, terus jadi bahan bualan.

“Jadi, lebih baik saya tak cakap langsung,” katanya.

Irma berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Hayya 3: Gaza di Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Irma mengakui, langkah untuk tidak memberi sebarang komen dibuat kerana dia tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak, termasuk keluarga dan anak-anaknya.

“Banyak hati yang perlu saya jaga. Bukan sekadar anak-anak dan keluarga terdekat, tapi juga saudara mara serta keluarga besar.

“Emak dan ayah dah tiada, jadi saya kena fikirkan perasaan ahli keluarga lain yang mungkin tertanya-tanya. Saya tak nak timbulkan kekeliruan atau bebankan sesiapa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Irma berkata dia sudah terbiasa berdepan gosip sejak mula menceburi dunia seni, namun kali ini dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi.

“Saya dah lama dalam industri. Saya tahu, apa pun yang saya buat, akan ada orang bercakap.

Kalau saya beritahu perkara sebenar pun, tetap akan ada yang salah faham. Jadi, saya rasa lebih baik saya diam daripada menambah cerita,” katanya.

Untuk rekod, Irma pernah mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan itu berpisah pada Oktober 2023, selepas perkara berkenaan dikongsikan oleh rakan Irma, Reen Emran, di media sosial.

Difahamkan, Redza kini telah pun berkahwin dengan wanita pilihannya, Fiza, pada April tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 10 Aug 2019

Anak Tercekik Blok Mainan, Ibu Pula Yang ‘Lemas’

Bahayanya mainan ini pada anak-anak kecil ya. Pantau serapat yang boleh.

Hiburan Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Featured Tue, 1 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium & Bayaran Balik Ansuran 50 Peratus Buat Peminjam Terkesan

Berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan akan memberi jaminan kelulusan secara automatik bagi moratorium dan pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus kepada peminjam yang terkesan . Menurut […]

Trending Tue, 19 Jan 2021
Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

error: Content is protected !!