Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin August 19, 2025 @ 11:41am

Berat Badan Susut 15 Kilogram, Noki Tepis Dakwaan Sakit – “Saya Mahu Bentuk Badan Berotot Bukan Berlemak”

Anggota kumpulan rap popular K-Clique, Noki menafikan dakwaan dirinya sakit selepas dilihat semakin kurus.

Kata Noki atau nama lengkapnya, Ahmad Ikhwan Aji, 31, berat badannya susut sebanyak 15 Kilogram (kg) dalam masa beberapa bulan sahaja.

Meskipun selesa berbadan besar, Noki bagaimanapun mengambil nasihat daripada rakan-rakannya yang memaklumkan dia sesuai dengan saiz badan yang lebih kecil.

“Kawan-kawan cakap nampak lebih baik begini. Jadi saya turunkan berat badan walaupun sebenarnya saya lebih selesa berbadan besar sekitar 85kg.

“Tapi, saya mahu bentuk badan berotot, bukan berlemak.

“Ada yang terkejut tengok perubahan saya, namun saya sihat,” katanya.

Noki berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya berjudul, Dear Farris yang didakan di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, penurunan berat badannya juga adalah disebabkan penggambaran filem  Game Of Life arahan Syafiq Yusof  dan beberapa lagi naskhah lakonannya yang akan datang.

“Berat sekarang lebih sesuai denga ketinggian saya. Dulu berat saya 90 kg  jadi untuk filem itu saya mula turunkan berat badan.

“Tawaran baru juga ada yang meminta untuk saya terlihat tidak terlalu berisi. Jadi saya harus maintain sebab saya ni jenis berat badan mudah naik dan turun,” jelasnya.

Berkongsi mengenai drama terbaharunya pula, Noki berkata, ini adalah gandingan sulungnya bersama pelakon Siti Hariessa.

Namun, ‘chemistry’ bersama Hariessa membuatkan dia berasa selesa.

“Saya pula bukan mudah untuk selesa dengan pelakon wanita. Tapi syukur kali ini, kami cepat serasi.

“Di set, kami banyak bergurau sampai rasa macam sudah lama kenal. Alhamdulillah, kami cepat dapat keserasian,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Aug 2024
Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Mulianya! ARMY Sumbang Puluhan Ribu Kepada Pertubuhan Amal

Penangan BTS memang power. Teruskan Army!

Hiburan Sat, 11 May 2024
Featured Thu, 29 Dec 2022
Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

NASKAH YANG TERAKHIR? – ERMA FATIMAH

Setelah beberapa kali turun naik pentas Anugerah Skrin iaitu pada kemenangna pertamanya pada tahun 1995, Erma Fatima telah meluahkan hasrat hatinya untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri.

Hiburan Sat, 14 Jan 2023
Hiburan Mon, 11 Aug 2025

[VIDEO] Syasya Rizal Tepis Dakwaan Tolak Kepala Anak Kuat Demi Trend TikTok

Syasya Rizal perjelas video trend tiktok dilajukan

error: Content is protected !!