Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 11, 2024 @ 4:45pm

“Thank You For Everything Umi” – Aliff Aziz 

Penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi tumpuan apabila membuat perkongsian di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff berkongsi sebuah video yang berupa perkongsian mengenai perkara yang tidak pernah diberitahu ibu kepada anak.

Antara yang terkandung dalam perkara tersebut adalah seorang ibu takkan memberitahu anaknya yang dia menangis disebabkan anak itu, dia tersinggung setiap kali anaknya bersikap kurang ajar, hatinya runtun melihat anaknya menangis dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu Kalau Cinta itu menitipkan ucapan penghargaan kepada ibu tercinta, Siti Hafiza Basharahil sempena Hari Ibu.

“Terima kasih untuk segalanya Umi,” tulis Aliff berserta emoji tanda hati.

Terdahulu, isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi video menerima kejutan ucapan Hari Ibu daripada anak sulung mereka, Ayden Adrean, 7.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sebaknya… Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Ayden – “Bila Besar, I’m Gonna Take Care Of You And Adik” 

Sekadar info, kemelut rumah tangga aktres Bella Astillah dan Aliff Aziz bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada bulan lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 24 Aug 2018

#daiTV3 : Adakah Penyingkiran Dua Peserta Sekaligus Pada Malam Ini?

Adakah momentum pada minggu lepas masih sama pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan #daiTV3 Pendakwah Nusantara

Trending Thu, 14 Apr 2022

‘The Most Wanted’ Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Nicky Liow akhirnya serah diri setelah setahun lebih diburu.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Tersentuh Lihat Pengorbanan Sahabat, Noh Salleh Tulis Lirik ‘Debu Bercahaya’

Noh merancang untuk mengeluarkan lima buah lagu tahun ini. 

Trending Wed, 30 May 2018

What if Rosmah’s Story is the Next Dukun?

It seems she dabbles in black magic.

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Penyanyi Pelamin Anganku Musnah Bakal Bikin Comeback?

Azie ditemui ketika menjadi artis jemputan menerusi Showcase Muzik-Muzik 33 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini memaklumkan dia tidak hilang dari ‘radar’ dan masih aktif membuat persembahan di Sarawak.

Featured Sun, 9 Jan 2022

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik? Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra […]

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

error: Content is protected !!