Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 29, 2025 @ 12:29pm

“Alhamdulillah… Ammar Ahyan Tak Trauma, Membesar Elok Je” – Nur Shahida

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menjelaskan anak sulung mereka, Ammar Ahyan tidak trauma apabila bersama bapanya.

Menerusi platform Threads, Shahida membalas ciapan individu tersebut yang memuat naik temu bual Ammar mengatakan dia tidak berani untuk berseronok dengan bapanya.

Shahida menjelaskan anaknya tidak pernah mempunyai masalah sedemikian, sebaliknya Ammar membesar dengan baik.

“Alhamdulillah, anak saya tak trauma membesar elok saja. Cukup makan, cukup pakai dan sihat tubuh badan,” katanya ringkas meleraikan spekulasi.

Meninjau ke ruangan balas, ramai dalam kalangan mereka bersetuju dengan kenyataan Shahida itu, selain turut memuji cara didikannya bersama Alif terhadap anak-anak mereka sangat baik.

Sejak kebelakangan ini, nama anak sulung kedua-dua pasangan usahawan ini mula menjadi sorotan ramai selepas tular beberapa video memaparkan karakternya yang bersahaja ketika menjual di TikTok.

Lebih mencuri tumpuan apabila Ammar menyanyikan lagu berjudul Break sehingga mendapat respons daripada penyanyi asal, Misha Omar yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjadi asbab ramai mula mengenali lagu itu.

Artikel Berkaitan: Misha Omar Sebak, Lagu ‘Break’ Meletup Lepas Ammar Ahyan Nyanyi – “Disebabkan Dia, Ramai Yang Mula Tahu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Apr 2019
Featured Sat, 1 Nov 2025
Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Selesa Gandingan Dengan Syafiq Kyle, Amyra Tak Sabar Tunggu Nur 2

Bukan Amyra je tak sabar, kami pun dah tak sabar nak tengok sambungan kisah Ustaz Adam & Nur dalam Nur 2.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Syurga Tempat Terbaik Untuknya” – Mimi Lana Reda, Janji Teruskan Tanggungjawab Arwah Abang

Mimi Lana meluahkan rasa cemburu terhadap cara pemergian abang tersayang

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Betul Ke Sissy Iman Pilihan ‘Makcik-Makcik’?

Takpelah…asalkan ada pendengar. Okay lah kan?

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

“Sibuk Betul Pasal P*en Orang” – Dikritik Mahu Bersalin Secara Pembedahan, Ayda Jebat Tempelak ‘Makcik’ Persoal Alat S*lit Suaminya

Gara-gara mendedahkan dirinya bakal melahirkan anak sulung secara pembedahan, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menerima kritikan hebat netizen. Dedah Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, ramai warganet yang mempersoalkan tindakannya. “Assalamualaikum.. First of […]

Trending Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Thu, 26 Sep 2019

鍾瑾桦受邀前往韩国!担任音乐节表演嘉宾

Alvin鍾瑾桦受邀前往韩国担任《2019 Asia Song Festival》表演嘉宾;他是继林宇中(2008)、光良(2010)和Asmidar(2017)后第四位受邀的马来西亚歌手。

error: Content is protected !!