Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 16, 2020 @ 12:27pm

Solat Jumaat Dan Fardhu Masih Dibenarkan Di Kawasan PKPB

Solat Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau-surau masih dibenarkan tetapi dengan jumlah jemaah yang terhad.

Namun, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bagi Selangor ia bergantung kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di negeri tersebut.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jumlah jemaah tidak melebihi 50 orang

Keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi solat jumaat di masjid dan surau terutamnya di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jumlah jemaah adalah tidak melebihi 50 orang dan ianya bergantung kepada keluasan dewan solat.

Sumber : Google

Manakala, bagi solat fardhu pula, jemaah adalah tidak melebihi 20 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat.

Ianya sebagai pematuhan SOP selepas kerajaan mengenakan PKPB di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Thu, 18 Mar 2021
Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
Trending Tue, 3 Aug 2021

Bermula Ogos, Berita TV9 Kini Bersiaran Pada Jam 7 Malam

Bersiaran pada jam 7 malam, bermula Ogos!

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Mon, 8 Sep 2025
error: Content is protected !!