Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 16, 2025 @ 11:55am

Mesra Dirangkul Erat, Kaka Azraff & Bekas Suami Dah Kembali Rujuk? – “Segalanya Telah Tertulis, I Love You A Trillion”

Status terkini rumah tangga penyanyi, Kaka Azraff dan bekas suaminya, Adam Azriff menjadi tumpuan ramai selepas mereka dilihat hadir ke sebuah acara bersama.

Malah, perkongsian Adam di Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan mereka telah kembali bertaut sebagai suami isteri.

Hantaran tersebut memaparkan pelantun lagu popular Gila itu dirangkul erat oleh Adam di acara tersebut.

“Apabila mereka mengatakan segalanya telah pun tertulis, saya berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelahku. I love you a trillion,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen dan rakan selebriti mendoakan agar rumah tangga mereka terus diberkati.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Kaka mahupun Adam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang selebriti wanita terkenal disyaki telah rujuk bersama suaminya ketika masih dalam tempoh idah.

Imbas kembali, Kaka dan Adam berkahwin pada 14 Disember 2018 namun sah bercerai talak satu pada 28 Oktober lalu secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Aslan, 5, Aryan, 3 dan Atta Adam, 15 bulan.

Artikel Berkaitan: Artis Popular Cerai Tahun Lalu Dah Rujuk Ketika Masih Dalam Idah?

Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Bercerai, Kaka Azraff Mohon Beri Ruang… Mahu Beri Tumpuan Pada Anak-Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

Featured Tue, 14 Jun 2022

[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Semoga Shuk tabah menghadapi ujian ini dan ambil iktibar daripada perkara yang berlaku 😊

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Debaran Khadijah Ibrahim Menjelang Konsert Doa Buat Kekasih

Datuk Khadijah Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Ibu memberitahu akan ada beberapa lagu duet yang pernah dihasilkan bersama Datuk Ramli Sarip namun belum pernah dinyanyikan di pentas bersama.

Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Mon, 10 Oct 2022

Terpaling Juara: RM100,000 Milik Rahmad Mega! Ini Recap Konsert Terakhir

Selepas 8 minggu, Terpaling Juara akhirnya melabuhkan tirai! Tahniah kepada juara, Rahmad Mega

Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
error: Content is protected !!