Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 22, 2024 @ 2:13pm

Dikecam Bagi Muka Pada Pembantu Rumah, Dr Say Mengaku Lalai & B*doh… Tampil Buat Permohonan Maaf Terbuka

Gara-gara pendedahan video tular melibatkan pembantu rumah yang sama membenarkan individu lelaki masuk kedalam rumah pada Julai lepas, Dr Say akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Menurut Dr Say, dia memohon maaf kepada semua pihak di atas teguran dan kecaman yang diberikan selepas mendedahkan video pembantu rumahnya itu  menggunakan kekerasan terhadap anak keduanya, Zaqriel.

“Assalamualaikum dan salam Jumaat, saya tahu dekat luar sana ramai yang mengecam saya tunggalkan anak-anak bersama helper. Terutamanya selepas kejadian helper bawa masuk lelaki ke dalam rumah pada Julai lepas.

“Saya terima kecaman, teguran dan nasihat anda semua dan saya akur yang saya b*doh sebab mudah percayakan orang lain dan saya sepatutnya buang pembantu asal Filipina itu pada kejadian lepas tapi saya simpan.

“Sebab masa tu saya ingat dia mangsa keadaan insiden tu. Dia cakap jangan bagitau suami dia, saya akur. Dia cakap jangan bagitahu kedutaan Filipina, saya akur. Sebab sebelum insiden tu saya tengok dia baik. Tak pernah minta keluar rumah langsung on off day dia tiap Ahad,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Say juga mendedahkan, pembantu rumah asal Filipina itu juga turut menyamakan hidung anaknya seperti binatang selain pernah mencubit dan berkelakuan kasar.

“Lepas dia dibuang ni baru saya tahu, yang dia cakap hidung anak saya macam b*bi, dia selalu cubit anak saya, dan dia check balik nak tengok ada kesan lebam ke tak.. dan bila mandikan baby dia terus jirus je seluruh badan instead mandikan perlahan-lahan.

“Kenapa maid Indonesia baru nak bagitahu saya? Sebab  dia baru dua bulan kerja dengan saya jadi dia tak mahu nampak macam dia seorang yang mengadu domba tambah dia nak survive dan hidup sebilik dengan maid Filipina,” ulasnya.

Mengaku perkhidmatan pembantu rumahnya itu telahpun ditamatkan, Dr Say menjelaskan bahawa insiden yang berlaku ini adalah pengajaran terbesar untuknya dan isteri.

“Maid Filipina tu saya dah tamatkan khidmatnya dan pulangkan pada agensi and lesson learnt. Saya takkan letak seratus peratus kepercayaan dekat maid yang baru ni dan I also learnt a lesson lepas ni kalau saya dan wife nak pergi bercuti atau outstations kami akan bawa semua anak sekali atau letak anak-anak di rumah family sekali dengan helper.

“Saya mengaku semua ni berpunca dari kelalaian saya sendiri dan saya tak rasa diri saya lebih baik daripada sesiapa di luar sana dan saya terima kecaman ni sebagai satu pengajaran yang besar buat saya dan tidak mudah tinggalkan anak saya sewenang-wenangnya.

“Sebab saya bernasib baik tak ada kecederaan kekal kepada anak saya. Dan kakau ada yang rasa kecewa dengan saya, saya minta maaf dan saya betul-betul menghargai semua teguran dan nasihat daripada anda semua.

Embed IG

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Oct 2025

Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian

Nadir memaklumkan bahawa sukarelawan terbabit kini sudah mula dibawa tiba di pelabuhan Ashdod.

Hiburan Mon, 13 Oct 2025
Hiburan Thu, 17 Oct 2024
Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

Featured Sun, 16 Oct 2022
Fab Foodies! Thu, 24 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Ikan Salmon antara hidangan terbaik memandangkan ia datang dengan sumber protein berkualiti tinggi. Harganya mungkin sedikit mahal berbanding ikan lain, perlu tahu…ikan Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 (baik untuk kesihatan kulit dan rambut)

Events Sat, 4 May 2019
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Thu, 30 Oct 2025

Anggun Berbusana Putih, Puteri Balqis Umum Sudah Bertunang

Aqish berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini telahpun mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya.

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
error: Content is protected !!