Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 23, 2025 @ 2:05pm

Tiada Tarikh Pulang Ke Malaysia, Zizi Kirana Akui Lupa Status Seorang Penyanyi

Sibuk dengan misi kemanusiaan di Gaza bersama Global Sumud Flotila (GSF), penyanyi Zizi Kirana, 40, mengakui seakan-akan sudah melupakan statusnya sebagai seorang penyanyi.

Menerusi ciapan di Threads, Zizi mendedahkan pengurusnya ada bertanya bila dia akan pulang ke Malaysia kerana terdapat beberapa jemputan persembahan menantinya.

“Semalam buat panggilan video dengan pengurus saya borak pasal GSF. Dia ada tanya agak-agak bila balik Malaysia sebab ada beberapa acara yang jemput untuk buat persembahan.

“Tapi jujur saya tiada jawapan, cuma boleh kata insya-Allah sahaja,” katanya.

Dalam nada berseloroh, penyanyi lagu Eh itu mengakui seolah-olah sudah hilang sentuhan di pentas kerana fokus sepenuhnya kini hanya pada kerja amal.

“Saya ada gurau cakap kat dia, saya dah lupa macam mana nak buat persembahan atas pentas dan lupa saya ini seorang penyanyi.

“Apapun terima kasih pengurus saya kerana selalu ada bersama susah dan senang, sayang awak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Tak Sanggup Lihat Mak Menangis” – Zizi Kirana Tahan Rindu, Elak VC Dengan Keluarga Demi Teruskan Misi Kemanusiaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Wed, 30 Jul 2025

Netizen Sebak! Uyaina Arshad Ucap Selamat Tinggal Selepas 9 Tahun Bersama Program WHI

Uyaina memakkumkan keputusan itu adalah daripada dirinya sendiri.

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Featured Wed, 12 Apr 2023

Tunjuk Cincin Dan Inai Dijari, Tash Yong & Boss Kay Mengaku Sudah Bernikah

Hmm betul ke dah kahwin? Ada yang kata content semata-mata

Featured Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Fri, 5 Jul 2019
Hiburan Tue, 7 May 2019

E! News Dedah Rahsia Kulit Cantik Pelakon Pujaan Hati Kanda Ini, No 3 Paling Penting!

Nak tahu apa sebenarnya skincare produk yang pelakon wanita ini gunakan? Jangan lupa temui jawapannya di E! News

error: Content is protected !!